Pergi ke kandungan

Kelab Bunga Raya BERSATU

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kelab Bunga Raya BERSATU adalah merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan di luar negara yang dianggotai oleh rakyat Malaysia yang tinggal di sana. Ia adalah sebuah kelab penyokong kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Antara tujuan ianya ditubuhkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu yang boleh ditampilkan sebagai pelapis pimpinan negara pada masa depan.[1]

Kelab Bunga Raya terawal yang ditubuhkan adalah Kelab Bunga Raya UK.[2] Terdapat juga Kelab Bunga Raya di Australia, Rusia dan Jepun.

Akibat daripada kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, ramai ahli Kelab UMNO Luar Negara telah bertukar kepada Kelab Bunga Raya, terutamanya di United Kingdom.[3]

Menyertai Perhimpunan Agung Tahunan

[sunting | sunting sumber]

Kelab Bunga Raya telah menyertai Perhimpunan Agung Tahunan ke-2 Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.[4]