Pergi ke kandungan

Kehamilan abdomen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kehamilan abdomen
Nama lain
Kehamilan perut, kebuntingan abdomen
Fetus yang dibuang dari abdominal selepas kelahiran dalam keadaan kehamilan abdominal
PengkhususanObstetrik
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kehamilan abdomen atau kehamilan perut, merupakan keadaan kandungan luar rahim (atau kehamilan ektopia) yang jarang berlaku. Ia terjadi apabila situasi embrio atau janin manusia membesar dan berkembang di bahagian luar rahim wanita, di dalam perut, iaitu di dalam abdomen (atau perut). Embrio itu tidak membesar di bahagian tiub Fallopio, ovari dan ligamen lebar rahim.[1][2][3]

Oleh sebab kehamilan di bahagian tiub Fallopio, ovari dan ligamen lebar rahim sukar untuk didiagnosis dan dirawat sama seperti kehamilan abdomen, pengecualian mereka daripada definisi kehamilan abdomen yang paling biasa telah diperdebatkan.[4] Yang lain pula-dalam minoriti-berpandangan bahawa kehamilan abdomen harus ditakrifkan oleh keadaan plasenta yang ditanam ke dalam bahagian peritoneum.[5]

Tanda dan gejala

[sunting | sunting sumber]

Gejala bagi kehamilan abdomen mungkin termasuk sakit perut atau pendarahan di bahagian faraj wanita semasa kehamilan.[1] Disebabkan oleh ketiadaan spesifik kerana tiada ultrabunyi tersedia di kawasan tersebut, diagnosis selalunya hanya ditemukan semasa pembedahan untuk menyiasat gejala abnormal.[1] Mangsa kebiasaannya didiagnosis kemudian di negara sedang berkembang berbanding dengan negara maju yang lain.[6] Dalam kira-kira separuh dariada kes perubatan dari pusat negara yang berkembang, diagnosis pada mulanya tertunda.[7]

Kehamilan abdomen ialah keadaan perubatan berbahaya kerana boleh berlakunya pendarahan ke dalam perut– yang akan mengakibatkan tekanan darah menjadi rendah (iaitu renjatan hipovolemik) dan boleh membawa maut. Penyebab kematian yang lain bagi wanita dengan keadaan kehamilan abdomen juga termasuk anemia, embolisme peparu, koagulopati, dan jangkitan.[8]

Diagnosis

[sunting | sunting sumber]
Gambar ultrasonografi bagi keadaan kehamilan abdomen

Diagnosis kehamilan abdomen boleh dicurigai apabila anatomi embrio boleh dirasakan dengan mudah, letakan yang tidak normal, serviks disesarkan, atau terdapat induksi persalinan yang gagal.[1] Sinar-X juga boleh digunakan untuk membantu diagnosis kehamilan abdomen. Sonografi boleh menunjukkan bahawa kehamilan embrio berada di luar rahim yang kosong, cecair amniotik (atau air ketuban) yang berkurangan antara plasenta dengan embrio, tiada dinding rahim yang mengelilingi embrio, bahagian embrio berada dekat dengan dinding perut, embrio yang mempunyai letakan yang tidak normal, plasenta kelihatan tidak normal dan terdapat cecair bebas dalam abdomen.[8][9] Pengimejan resonans magnet (MRI) juga boleh digunakan dengan baiknya untuk mendiagnosis kehamilan abdomen dan untuk perancangan pembedahan.[10][11] Tahap alfa-fetoprotein yang tinggi adalah satu lagi petunjuk kepada kehadiran kehamilan abdomen.[12]

Sebaik-baiknya pengurusan kehamilan abdomen perlu dilakukan oleh pasukan kakitangan perubatan dari pelbagai kepakaran.[13] Rawatan yang berpotensi bagi kehamilan abdomen terdiri daripada pembedahan iaitu embrio akan dibuang melalui laparaskopi atau laparatomi; penggunaan metotresat, embolisasi dan kombinasi ini. Sapuri dan Klufio (1997) mengatakan bahawa rawatan konservatif juga boleh dilakukan terhadap mangsa kehamilan abdomen jika kriteria-kriteria berikut dipenuhi: tiada kecacatan pada kongenital utama, embrio itu masih hidup dan bernyawa, terdapat kemasukan ke hospital secara berterusan di unit bersalin lengkap prasarananya dengan kakitangan perubatan yang mempunyai kemudahan pemindahan darah dengan segera, terdapat pemantauan yang teliti terhadap tahap kesejahteraan ibu dan embrio, dan implantasi plasenta yang berada di bahagian bawah abdomen iaitu kedudukannya berada jauh dari hati dan limpa.[14]

  1. ^ a b c d Nkusu Nunyalulendho D, Einterz EM (2008). "Advanced abdominal pregnancy: case report and review of 163 cases reported since 1946". Rural Remote Health. 8 (4): 1087. PMID 19053177.
  2. ^ Agarwal, N.; Odejinmi, F. (2014). "Early abdominal ectopic pregnancy: Challenges, update and review of current management". The Obstetrician & Gynaecologist. 16 (3): 193–198. doi:10.1111/tog.12109. S2CID 33450770.
  3. ^ Masukume, Gwinyai (2014). "Insights into abdominal pregnancy". WikiJournal of Medicine. 1 (2). doi:10.15347/wjm/2014.012.
  4. ^ Worley, K. C.; Hnat, M. D.; Cunningham, F. G. (2008). "Advanced extrauterine pregnancy: Diagnostic and therapeutic challenges". American Journal of Obstetrics and Gynecology. 198 (3): 297.e1–7. doi:10.1016/j.ajog.2007.09.044. PMID 18313451.
  5. ^ Mahajan, N. N. (2008). "Advanced extrauterine pregnancy: Diagnostic and therapeutic challenges". American Journal of Obstetrics and Gynecology. 199 (6): e11, author reply e11–2. doi:10.1016/j.ajog.2008.06.024. PMID 18639214.
  6. ^ Oneko, Olola; Petru, Edgar; Masenga, Gileard; Ulrich, Daniela; Obure, Joseph; Zeck, Willibald (June 2010). "Management of the placenta in advanced abdominal pregnancies at an East African tertiary referral center". Journal of Women's Health. Mary Ann Liebert, Inc. 19 (7): 1369–1375. doi:10.1089/jwh.2009.1704. PMID 20509789.
  7. ^ Sunday-Adeoye I, Twomey D, Egwuatu EV, Okonta PI (2011). "A 30-year review of advanced abdominal pregnancy at the Mater Misericordiae Hospital, Afikpo, southeastern Nigeria (1976-2006)". Archives of Gynecology and Obstetrics. 283 (1): 19–24. doi:10.1007/s00404-009-1260-4. PMID 19876640. S2CID 9781858.
  8. ^ a b KY Kun; PY Wong; MW Ho; CM Tai; TK Ng (2000). "Abdominal pregnancy presenting as a missed abortion at 16 weeks' gestation" (PDF). Hong Kong Medical Journal. 6 (4): 425–7. PMID 11177167. Dicapai pada January 25, 2009.
  9. ^ Masukume, G.; Sengurayi, E.; Muchara, A.; Mucheni, E.; Ndebele, W.; Ngwenya, S. (2013). "Full-term abdominal extrauterine pregnancy complicated by post-operative ascites with successful outcome: A case report". Journal of Medical Case Reports. 7: 10. doi:10.1186/1752-1947-7-10. PMC 3544643. PMID 23302289.
  10. ^ Krishna Dahiya; Damyanti Sharma (June 2007). "Advanced Abdominal Pregnancy: A Diagnostic and Management Dilemma". Journal of Gynecologic Surgery. 23 (2): 69–72. doi:10.1089/gyn.2007.B-02259-1.
  11. ^ Lockhat F, Corr P, Ramphal S, Moodly J (2006). "The value of magnetic resonance imaging in the diagnosis and management of extra-uterine abdominal pregnancy". Clin Radiol. 61 (3): 264–9. doi:10.1016/j.crad.2005.10.013. PMID 16488208.
  12. ^ Tromans PM, Coulson R, Lobb MO, Abdulla U (1984). "Abdominal pregnancy associated with extremely elevated serum alphafetoprotein: case report". British Journal of Obstetrics and Gynaecology. 91 (3): 296–8. doi:10.1111/j.1471-0528.1984.tb04773.x. PMID 6200135. S2CID 37719477.
  13. ^ Renfroe, S.; Dajani, N. K.; Pandey, T.; Magann, E. F. (2013). "Role of serial MRI assessment in the management of an abdominal pregnancy". BMJ Case Reports. 2013: bcr2013200495. doi:10.1136/bcr-2013-200495. PMC 3822153. PMID 24127374.
  14. ^ Sapuri M, Klufio C (March 1997). "A case of advanced viable extrauterine pregnancy" (PDF). Papua New Guinea Medical Journal. 40 (1): 44–47. PMID 10365569. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-08-11. Dicapai pada 2013-01-01.