Kedai Buloh
Kedai Buloh | |
---|---|
Mukim | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kelantan Darul Naim |
Daerah | Kota Bharu |
Kampung | Kedai Buloh |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 15350 |
Kod kawasan | +609 |
Lokasi Kedai Buloh di Peta Google |
Kedai Buloh merupakan sebuah mukim di daerah Badang, Kota Bharu, Kelantan. Mukim-mukim lain di daerah Badang ialah Pulau Pisang, Banggol, Tasik, Che Latif, Semut Api, Siti Manis, Tikat, Pulau Kundur, Kijang, Binjai, Che Deris, Dal, dan Jaya Setia. Terdapat sebanyak 131 mukim kesemuanya di jajahan Kota Bharu.
Di mukim ini terdapat satu Kompleks Lembaga Ikan Malaysia di Kuala Besar. Tempat pelancongan yang terdapat berdekatan mukim ini adalah Medan Ikan Bakar di Kedai Buloh Hilir, Pantai Mek Mas di mukim Pulau Kundur yang merupakan muara sungai Kelantan. Muara sungai Kelantan adalah muara yang paling banyak mengandungi pulau di semenanjung Malaysia. Di sekitar Kedai Buloh juga, keropok tradisional yang diperbuat daripada ikan senang didapati. Keropok ini dinamakan sebagai Keropok Lekor ataupun Keropok Gentel (pelleted). Kegiatan kesenian di mukim ini lebih tertumpu kepada Dikir Barat dan Seni Silat Jatuh. Tomoi juga merupakan salah satu kegiatan kesenian yang terkenal di sini. Walapun Tomoi ataupun lebih dikenali dengan nama Muay Thai ini berasal daripada Thailand, namun disebabkan banyak migran yang berasal daripada Thailand banyak menetap di sini, ini menjadikan sukan Muay Thai menjadi terkenal di kalangan penduduk tempatan.
Kemudahan asas
[sunting | sunting sumber]Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Tempat beribadat
[sunting | sunting sumber]Poskod
[sunting | sunting sumber]Poskod yang digunakan di Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan adalah 15350.[1]