Pergi ke kandungan

Kawah Thebit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kawah Thebit
Thebit di sebelah kiri.
Koordinat22°00′S 4°00′W / 22.0°S 4.0°W / -22.0; -4.0Koordinat: 22°00′S 4°00′W / 22.0°S 4.0°W / -22.0; -4.0
Diameter57 km
Kedalaman3.3 km
Colongitude5° pada fajar
EponimThabit ibn Qurrah

Thebit ialah sebuah kawah qamari yang terletak pada pantai tenggara Mare Nubium. Pada utara-barat daya terletak Arzachel, dan kawah Purbach pula terletak pada arah selatan-barat daya. Terletak pada barat daya ialah saki-baki Thebit P, yang diameternya sebenarnya lebih besar daripada diameter Thebit.

Garis bentuk sembir Thebit pada amnya bulat dengan dua takuk pada dinding barat daya. Sebuah kawah yang menonjol, Thebit A, yang berbentuk bulat, terletak terbentang di sembir barat-barat laut Thebit. Sembir barat-barat laut kawah ini pula bersambung dengan Thebit L yang lebih kecil. Gabungan kawah-kawah ini menimbulkan susunan yang agak menarik yang senang dikenali. Lantai kawah Thebit kasar dan tidak memiliki puncak pusat. Pinggir menunjukkan teres dan tetembok berbukit di bahagian luar.

Pada arah barat Thebit terletak permatang sepanjan 110 kilometer bernama Rupes Recta, yang mencapai ketinggian sebanyak 240 meter. Ciri lelurus ini terletak dalam arah utara-barat laut ke selatan-tenggara merentasi Mare Nubium.

Kawah Thebit mengambil nama Thabit ibn Qurrah, seorang ahli matematik, ahli perubatan, ahli ilmu falak, dan penterjemah Muslim pada abad ke-9.

Kawah satelit

[sunting | sunting sumber]

Mengikut resam ciri-ciri ini dikenali pada peta qamari dengan meletakkan huruf pada sisi pusat kawah yang terdekat dengan Thebit.

Thebit Latitud Longitud Diameter
A 21.5° S 4.9° W 20 km
B 22.3° S 6.2° W 4 km
C 21.2° S 4.1° W 6 km
D 19.8° S 8.3° W 5 km
E 23.1° S 4.6° W 7 km
F 23.0° S 5.3° W 4 km
J 22.5° S 5.5° W 10 km
K 23.1° S 3.7° W 5 km
L 21.5° S 5.4° W 12 km
P 24.0° S 5.7° W 78 km
Q 20.1° S 4.2° W 16 km
R 20.2° S 4.8° W 9 km
S 24.8° S 7.2° W 16 km
T 20.7° S 6.0° W 3 km
U 20.3° S 5.8° W 4 km
  • Wood, Chuck (2006-08-08). "Odd Interiors". Lunar Photo of the Day. Dicapai pada 2006-08-08.