Pergi ke kandungan

Koordinat selenografi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat selenografi merujuk kepada kedudukan di permukaan Bulan. Apa jua lokasi di permukaan qamari dapat dirujuk dengan menggunakan dua nilai berangka, yang boleh diumpamakan dengan latitud dan longitud Bumi.

Kawah "Mosting A" di bawah sekali

Longitud memberikan kedudukan pada sebelah timur ataupun barat meridian perdana Bulan, iaitu garis longitud yang melintasi titik permukaan qamari yang mengarah ke Bumi (lihat meridian perdana Bumi). Ini boleh diumpamakan sebagai titik pertengahan Bulan yang dapat dilihat dari Bumi. Latitud pula memberi kedudukan di utara ataupun selatan khatulistiwa qamari. Kedua-dua koordinat ini diberikan dalam darjah.

Ahli astronomi mentakrif lokasi asas sistem koordinat selenografi dengan kawah "Mosting  A", sebuah satelit berbentuk seakan-akan mangkuk. Koordinat kawah ini ditakrif sebagai:

Latitud: 3° 12' 43.2" Selatan
Longitud: 5° 12' 39.6" Barat

Sistem koordinat ini ditakrif persis dengan Eksperimen Penjulatan Laser Qamari.

Apa-apa yang melewati 90°T ataupun 90°B tidak kelihatan dari Bumi, melainkan librasi yang membuat 59% Bulan dapat dilihat.

Colongitude selenografi

[sunting | sunting sumber]

Colongitude selenografi ialah longitud penamat pagi Bulan, yang diukur dalam darjah ke arah barat dari meridian perdana. Penamat pagi membentuk separa bulatan merentasi Bulan semasa matahari mula naik. Semasa Bulan memeruskan orbitnya, garisan ini bertambah longitudnya. Nilai colongitude selenografi bertambah dari 0° ke 359° dari arah penamat yang sedang maju.

Longitud di Bulan diukur ke timur dan barat dari meridian perdana. Sekiranya tiada arah diberikan, timur ialah positif dan barat negatif.

  • "A Unified Lunar Control Network — The Near Side", Merton E. Davies, Tim R. Colvin, & Donald L. Mayer, RAND Corporation, Santa Monica, 1987.

[[de:Selenografische Koordinaten