Karinding
Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
![]() |
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Karinding ([ka.rin.ding]) merupakan salah satu alat muzik tradisional Sunda di mana ia dimainkan dengan dipetik menggunakan jari telunjuk sambil satu hujung alat ditempel di bibir. Alat muzik jenis genggongini termasuk dalam jenis lamelafon atau idiofon. Biasanya dibuat dari bahan pelepah aren atau dari buluh.
Di kalangan rakyat umum, karinding adalah alat muzik pertanian dan alat ritual yang dimainkan dalam berbagai-bagao acara. Di kalangan para pemuda Tatar Sunda, karinding populer sebagai alat muzik pergaulan. Di Banten, karinding dimainkan sebagai alat muzik permainan anak-anak.
Sumber
[sunting | sunting sumber]Nama alat ini datang daripada bahasa Sunda di mana ka bermaksud "punca" manakala rinding bermaksud "bunyi".
Pada hubungan mataram dan cirebon, alat muzik karinding dipelajari oleh Sunda untuk mengusir hama sawah. Ada beberapa tempat yang biasa membuat karinding, seperti di lingkung Citamiang, Pasirmukti, Cineam, (Tasikmalaya), lingkung Karinding Sadulur (Kasalur), Cikunten Mangkubumi, (Tasikmalaya), Lingkung Karinding Tunggal Ciamis, Lewo Malangbong, (Garut), dan Cikalongkulon (Cianjur) yang dibuat dari pelepah kawung (enau). Di Limbangan dan Cililin karinding dibujat dari bambu, dan yang menggunakannya adalah para perempuan, dilihat dari bentuknya saperti tusuk biar mudah ditusukan di sanggul rambut. Dann bahan enau kebanyakan dipakai oleh lelaki, bentuknya lebih pendek biar bisa diselipkan dalam wadah rokok. Bentuk karinding ada tiga ruas.
Tatamain
[sunting | sunting sumber]Karinding diletakkan di bibir, lalu bahagian pemukulnya agar terhasilnya suatu bunyi yang bertalun. Karindng biasanya dimainkan secara solo atau berkumpulan (2 sampai 5 orang) dengan seorang di antaranya menjadi pengatur nada atau rentak. Di daerah Ciawi, dulunya karinding dimainkan bersamaan takokak (alat muzik bentuknya mirip daun).
Secara konvensional menurut penuturan Abah Olot nada atau pirigan dalam memainkan karinding ada 4 jenis iaitu:
- tonggeret,
- gogondangan,
- rereogan,
- iring-iringan.
Fungsi
[sunting | sunting sumber]Karinding dilihat sebagai alat yang berkesan mengusir serangga perosak sawah seperti hama; bunyi yang dihasilkan dari getaran jarum karinding biasanya bersuara dalam julat desibel rendah atau lebih dikenal aman sekarang sebagai ultrasonik. Bunyi yang keluar biasanya terdengar seperti bunyi wereng, belalang, cengkerik, burung, dan lain-lain.
Karinding juga dapat dibezakan dari alat muzik jenis genggong lainnya di mana ia boleh menghasilkan nada berbeza-beza dengan tepukan.
Biasanya bunyi yang dihasilkan oleh karinding menghasilkan berbagai macam bunyi, diantaranya bunyi kendang, goong, saron bonang atau bass, rentak, irama dan lain-lain. Bahkan karinding bisa membuat lagu sendiri, sebab cara menepuknya beza dengan bunyi pada mulut yang bisa divariasikan bisa memudahkan kita dalam menghasilkan bunyi yang warna-warni. Kata orang tua dahulu, dulu menyanyikan lagu bisa pakai karinding, Kalau kita sudah mahir mainkan bunyi karinding, pasti akan menemukan atau menghasilkan bunyi buat berbicara, tetapi bunyi yang keluar seperti bunyi robotik.
Lihat pula
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Karinding, Wikipedia Sunda.
- Alat muzik Karinding Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine, Lagi Laga.