Pergi ke kandungan

Kampung Teluk Bakong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Teluk Bakong merupakan sebuah kampung yang terletak di mukim Bota, Perak Darul Ridzuan.

Asal Usul Kampung Teluk Bakong

[sunting | sunting sumber]

Tiada satu pun dokumen bertulis yang menceritakan bagaimana Kampong Telok Bakong memperolehi namanya, dan mempunyai cerita masing-masing tentang asal usul nama kampong Telok Bakong ini diperolehi.

Cerita Asal usul 1.

[sunting | sunting sumber]

Pada masa dulu kampong kita ini banyak ditumbuhi dengan pokok Bunga Bakong dan hampir setiap rumah di Telok Bakong menanam pokok bunga ini. Ini kemungkinan besar penduduk kampong menggunakannya bagi tujuan perubatan,kerana dari akar/ubi pokok bunga ini mempunyai khasiat tersendiri. Pokok Bunga Bakong ini boleh merawat beberapa penyakit seperti luka kecil,sakit pinggang dan tersalah urat serta khasiat yang lainnya.

Di Tebing Tasik Air Mati di Changkat Melintang pula terdapatnya teluk yang dilindungi oleh pulau Tabuan, jadi dengan melihat kedamaian tasik serta terlindung serta berteluk maka dari sini digabungkan Teluk dengan Bunga Bakong yang menjadikan ianya nama Teluk Bakong yang bermaksud tempat atau kampong yang selamat dan damai dengan penduduknya bersatu padu umpama perdu bunga bakong dengan bunga putih diatas perdu mewar-warkan kewangaian ketika berbunga dan lambang kesucian warna putih bunga tersebut.[nyatakan menurut siapa?]

Cerita Asal Usul 2.

[sunting | sunting sumber]

Disepanjang tebing Air Mati hingga ke muara sungai Perak terdapat banyak pokok kangkung yang tumbuh liar yang mudah diperolehi untuk kegunaan harian bagi ubat sakit mulut dan sayuran masakan (menyayor). Bagaimana pula pokok kangkung boleh mengubat sakit mulut (bibir pecah-pecah) adalah dengan mematahkan batang kangkung dan mencecahkan getah kangkung ke bibir mulut yang sakit dan pecah. Iaitu menggunakan getah kankung liar untuk merawat sakit mulut/bibir orang-orang dulu, apabila penulis mencuba rawatan seperti yang dinyatakan adalah amat pedihnya dan sakit bibir penulis.[nyatakan menurut siapa?]

Kawasan sungai di disebelah tebing padang kerbau (atau waktu itu dipanggil pucuk - ara licin) mempunyai teluk dan airnya berpusar kerana kedalaman paras airnya waktu itu, dengan adanya teluk dan kangkung liar berkenaan maka ketua-ketua puak waktu itu menyebut teluk dan kankung berselang seli. Ada yang sebut bankung, bakung dan kangkung dan sampai suatu masa menjadi sebutan Teluk Bakong dan lahirlah nama Kampong Teluk Bakong. Oleh kerana kedua-dua tebing sungai adalah keturunan atau waris yang sama, nama Teluk dah diambil oleh puak waris Teluk Bakong dan tebing kiri pula dinamakan Bakong sahaja. Disini perlu dinyatakan bahawa penduduk di Kampong Bakong adalah juga puak waris orang Teluk Bakong atau satu keturunan yang sama.[nyatakan menurut siapa?]

Cerita Asal Usul 3.

[sunting | sunting sumber]

Yang paling ramai menceritakan asal-usul Kampong Teluk Bakong adalah dengan cerita begini :-

Semua orang (penduduk) ketika itu tinggal ditepi tebing dan untuk mudah kesana sini dengan mengayuh sampan atau perahu serta keperluan kegiatan harian seperti mandi, basuh pakaian serta sisa buangan yang berat dari perut manusia juga kedalam sungai. Jika dilihat ditebing sungai terdapatnya teluk, samaada di Air Mati atau di tebing Wan Lamah dan orang tua-tua dulu menjalankan perubatan banyak menggunakan pokok bunga bakong yang tumbuh meliar disekitar kampong serta khasiatnya yang mujarab menyembuhkan penyakit orang-orang kampong waktu itu. Oleh yang demikian dua perkara ini disatukan untuk menjadi nama kampong oleh ketua waktu itu (tak dinyatakan pulak namanya) untuk menjadi nama Kampong Teluk Bakong.[nyatakan menurut siapa?]

Lokasi Pelancongan Padang Koba Teluk Bakong.

[sunting | sunting sumber]

Padang Koba, Teluk Bakong

Padang Koba terletak di Kampung Teluk Bakong, Perak, Malaysia, dan merupakan salah satu lokasi yang sering menjadi tumpuan ramai untuk bersantai dan beriadah. Kawasan ini terkenal sebagai tempat yang sesuai untuk berkelah, bermain layang-layang, dan menikmati pemandangan indah, menjadikannya destinasi pilihan penduduk setempat dan pelancong.

Aktiviti Riadah

Padang Koba adalah lokasi yang popular untuk aktiviti keluarga seperti berkelah, bermain layang-layang, dan berjalan-jalan. Pemandangannya yang indah dan suasananya yang damai menjadikannya tempat yang sesuai untuk bersantai. Selain itu, pada waktu-waktu tertentu, kawasan ini juga menjadi tempat bagi pelbagai acara dan perhimpunan komuniti.

Lokasi Penggambaran

Padang Koba turut menarik perhatian industri perfileman Malaysia. Beberapa produksi filem dan drama terkenal telah memilih tempat ini sebagai lokasi penggambaran. Antara produksi yang pernah menjalani penggambaran di sini adalah filem epik Mat Kilau dan telemovie 19 Puasa. Kecantikan semula jadi serta suasana kampung yang klasik menjadikan Padang Koba sesuai untuk latar filem yang bertemakan sejarah dan kehidupan desa.

Daya Tarikan

Padang Koba dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi yang menghijau, pohon-pohon besar, dan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Hal ini menjadikan Padang Koba sebagai tempat yang ideal bagi sesiapa yang mencari ketenangan dan ingin melarikan diri dari kesibukan bandar.