Pergi ke kandungan

Kampung Sentul Patah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Sentul Patah
Kampung
Negara Malaysia
NegeriTerengganu
Daerah Marang

Kampung Sentul Patah merupakan sebuah kampung yang terletak di Marang, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Sentul Patah (Jawi : کامڤوڠ سنتول ڤاته) merupakan sebuah Kampung yang terletak di dalam daerah Marang di Negeri Terengganu ,Malaysia,terletak kira-kira 3.8km dari bandar marang majoriti penduduk disini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.penduduknya juga mempunyai pertalian persaudaraan yang kuat antara satu sama lain yang menjadikan Kampung ini terkenal dengan suasana yang tenang dan aman.Ianya terletak berhampiran Sungai Marang . Kampung ini mempunyai penduduk ber anggaran 700 orang, Kampung bersebelahan adalah seperti Kampung Gong Nangka , Kampung Pengkalan Kuin ,dan Kampung Gong Tepah di Seberang sungai. Mempunyai beberapa jalan Kecil yang diberi nama seperti Jalan Kelubi,Jalan Kenanga,Jalan Kemboja dan Jalan Bugis. Nama Kampung Sentul Patah diambil sempena nama pokok setul/sentul atau sentol/ besar yang telah patah/tumbang di tepi Sungai kampung ini,menurut cerita orang2 tua dahulu. Kampung Sentul Patah juga mempunyai keunikan yang tersendiri di mana ianya mempunyai beberapa kawasan kecil yang diberi nama " khas " seperti Gong Tokmin, Tok amaa, Kelubi, Gong Saga, Bukit Kapas, Bukit Pinih, Sungai wakaf,dan Gong Pauh.Jalan utama dari Simpang 4 bandar Marang melalui kampung ini dapat menghubungkan Pekan Wakaf Tapai dan juga Hulu Terengganu. Pengangkutan awam utama ke Kampung ini adalah melalui jalan raya dengan menaiki "prebet sapu" atau "van runcit".

Infrastruktur

[sunting | sunting sumber]
  1. Masjid Kampung Sentul Patah (Masjid Baru Dalam Pembinaan).
  2. Dewan orang ramai kampung sentul patah.
  3. Tanah perkuburan islam kampung sentul patah.
  4. Surau Ayoh Weil.

Pusat Pendidikan

[sunting | sunting sumber]
  1. Sekolah Kebangsaan Sentol Patah.
  2. Tabika Kemas (prasekolah).
  3. Pasti al fatah (prasekolah).

Kemudahan Awam

[sunting | sunting sumber]
  1. Padang Bola Kampung Sentul Patah.
  2. Gelanggang Futsal.
  3. Jeti.

Tempat Rekreasi

[sunting | sunting sumber]
  1. Dataran memancing Gong Pauh.
  2. Dataran Memancing Sungai Wakaf.
  3. Chalet Sungai Wakaf (nuar)

Perniagaan

[sunting | sunting sumber]
  1. Kolam Ternakan Udang Harimau.
  2. Perniagaan Abdullah Ghani (Pembekal Bahan Binaan).

Perusahaan Kecil dan Industri

[sunting | sunting sumber]
  1. Welding Pok Jalal.
  2. Welding Asri Yahya.
  3. Keropok Lekor Zubir.
  4. Carwash Matsan.
  5. Sarang Burung Layang-layang En Yazid.
  6. Sarang Burung Layang-layang Abdullah Ghani.

Kedai Runcit/Makan

[sunting | sunting sumber]
  1. Kedai Runcit Poklong Abu.
  2. Kedai Runcit Lan.
  3. Kedai Runcit/Makan Mokde Dah.
  4. Kedai runcit john.
  5. Warung Kolid.
  6. Warung Goreng Pisang Dan Abc Kak ana.
  7. Warung Roti Canai Poknan.
  8. Warung Ayohwang Gong tokmin.
  9. Warung Nasir.
  10. Warung Pokdi.

Sejarah awal

[sunting | sunting sumber]
  1. Sejarah awal pembukaan dan penempatan awal dikampung ini dipercayai kebanyakannya tertumpu berhampiran sungai,ini berdasarkan kesan-kesan rumah lama dan kewujudan tanah perkuburan berhampiran sungai, ini kerana pengangkutan utama penghijrah atau peneroka awal pada zaman dahulu,hanyalah perahu kecil/perahu besar dan menjadikan sungai sebagai jalan perhubungan utama untuk kehulu dan juga kehilir pada dimasa dahulu.


Kemudahan asas

[sunting | sunting sumber]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat

[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Sentul Patah, Marang, Terengganu adalah 21600.[1]


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]