Pergi ke kandungan

Kampung Lubok Pulau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Lubok Pulau
Kampung Lubok Pulau yang terletak di Brunei
Kampung Lubok Pulau
Lokasi di Brunei
Koordinat: 4°46′03″N 114°39′48″E / 4.7676°N 114.6633°E / 4.7676; 114.6633Koordinat: 4°46′03″N 114°39′48″E / 4.7676°N 114.6633°E / 4.7676; 114.6633
NegaraBrunei
DaerahTutong
MukimTanjong Maya
Penduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah496
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
TD2541

Kampung Lubok Pulau ialah sebuah kampung di Daerah Tutong, Brunei. Ia merupakan salah sebuah kampung di bawah Mukim Tanjong Maya. Kampung ini mempunyai penduduk seramai 496 orang pada tahun 2016.[1] Ketua kampung semasa ialah Abdul Rahman bin Samad.[2]

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Kampung Lubok Pulau mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Lubok Pulau. Sekolah ini juga berkongsi bangunan dengan Sekolah Ugama Lubok Pulau, iaitu sebuah sekolah agama yang menyediakan pendidikan rendah agama Islam yang mana ianya wajib kepada murid-murid yang beragama Islam di Brunei.[3] Pendidikan rendah biasa diadakan pada sesi pagi sementara pendidikan agama pada sesi petang.

Kampung ini juga mempunyai sebuah masjid: Masjid Kampong Lubok Pulau mula digunakan pada bulan Ogos 1995 dan dapat menampung kira-kira 800 jemaah.[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 18 Jun 2021.
  2. ^ "MUKIM TANJONG MAYA". tutong.gov.bn. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  3. ^ Yahya, Salawati. "Perkasa pendidikan Islam". Media Permata Online. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  4. ^ "Masjid Kampong Lubok Pulau". www.kheu.gov.bn. Dicapai pada 1 Jun 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]