Kampung Layong
Penampilan
Kampung Layong | |
---|---|
Koordinat: 4°41′16″N 114°40′37″E / 4.6877°N 114.677°EKoordinat: 4°41′16″N 114°40′37″E / 4.6877°N 114.677°E | |
Negara | Brunei |
Daerah | Tutong |
Mukim | Lamunin |
Penduduk (2016)[1] | |
• Jumlah | 261 |
Zon waktu | UTC+8 (BNT) |
Poskod | TG1143 |
Kampung Layong ialah sebuah kampung di Daerah Tutong, Brunei. Ia merupakan salah sebuah kampung di bawah Mukim Lamunin. Kampung ini mempunyai penduduk seramai 261 orang pada tahun 2016.[1] Kampung Layong mempunyai seorang ketua kampung dan pada masa ini sedang dijawat oleh Yakub bin Bakri.[2]
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Kampung Layong mempunyai sebuah sekolah agama iaitu Sekolah Ugama Layong. Sekolah ini menyediakan pendidikan rendah agama Islam yang wajib bagi murid-murid beragama Islam di Brunei.[3]
Terdapat juga sebuah masjid di kampung ini: Masjid Kampong Layong dirasmikan pada 20 Julai 1990 oleh Awang Mohd Zain bin Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama pada masa itu; masjid ini dapat menampung kira-kira 300 jemaah.[4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 18 Jun 2021.
- ^ "MUKIM LAMUNIN". tutong.gov.bn. Dicapai pada 25 Mei 2018.
- ^ Yahya, Salawati. "Perkasa pendidikan Islam". Media Permata Online. Dicapai pada 25 Mei 2018.
- ^ "Masjid Kampong Bang Dalam". www.kheu.gov.bn. Dicapai pada 25 Mei 2018.