Pergi ke kandungan

Kampung Keling, Kuala Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Keling, Kuala Terengganu, dulu merupakan penempatan keluarga bangsawan Dato' Seri Nara Wangsa negeri Terengganu yang termasuk Dato' Mata-mata dan Dato' Seri Amar Diraja, Menteri Besar Terengganu dari zaman Sultan Zainal Abidin III sebelum Zaman Jepun.

Kampung Keling terletak di lereng Bukit Puteri dekat Istana Maziah, di tebing Sungai Terengganu, berhampiran kini dengan Pasar Kedai Payang.

Ia mula dimiliki oleh Dato' Seri Nara Wangsa Dato' Musa, Dato' Mata-mata pertama Terengganu, yang merupakan menteri kepada Sultan Ahmad I.

Kini Kampung Keling dimajukan sebagai tempat pelancongan.

Kampung Keling merupakan sebuah kampung tradisi yang dikatakan sedang diancam diambil bagi pembangunan. [1]