Kampung Jelapang, Chalok
Kampung Jelapang | |
---|---|
Kampung | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Terengganu Darul Iman |
Daerah | Chalok |
Kampung | Kampung Jelapang |
Pentadbiran | |
• Jenis | Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen |
• Yang di-Pertuan Agong | Sultan Ibrahim |
• Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
• Timbalan Perdana Menteri | Ahmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 21450 |
Kod kawasan | +609 |
Lokasi Kampung Jelapang di Peta Google |
Kampung Jelapang merupakan sebuah kampung yang terletak di Chalok, Setiu dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.
Kampung Jelapang merupakan sebuah kampung yang terletak di Mukim Chalok, Setiu, Terengganu Darul Iman. Mendapat namanya sempena pembukaan tanah untuk penanaman padi secara tradisional suatu ketika dahulu yang dikenali sebagai Jelapang. Kini kampung ini semakin pesat membangun setelah pembukaan jelapang padi baru secara besar-besaran di Sri Cempaka, Kampung Jelapang dan Kampung Bukit Layat di sini yang mempunyai keluasan 735 hektar (1,816 ekar) sawah yang baru dibangunkan dengan turut dibina tali air, terusan dan empangan yang mengambil sumber air daripada Sungai Bari yang mengalir disitu, mampu menampung keperluan beras di Terengganu. Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM46 juta bagi mewujudkan jelapang padi kedua di daerah Setiu di Kampung Jelapang selepas Kampung Mak Jintan.
Penanaman padi di kawasan itu berhadapan dengan beberapa masalah, antaranya serangan penyakit padi dan tanah gambutnya yang tidak sesuai kerana kawasan itu baru dibangunkan. Ini menyebabkan hasil tanaman daripada projek perintis yang diusahakan 19 petani dengan keluasan 32 hektar hanya mencapai 1.73 metrik tan sehektar. Kajian turut dijalankan oleh pihak yang terlibat bagi memastikan tanaman padi di kawasan itu mencapai sasaran pengeluaran sembilan hingga 10 tan metrik sehektar, bagi memastikan import beras bagi negeri Terengganu dapat dikurangkan sehingga 50 peratus. Kajian dibuat oleh Jabatan Pertanian dan Mardi untuk mencari kesesuaian dari segi teknik dan benih padi yang sesuai ditanam di Jelapang Padi Setiu agar mencapai sasaran pengeluaran.
Kemudahan asas
[sunting | sunting sumber]Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Tempat beribadat
[sunting | sunting sumber]Poskod
[sunting | sunting sumber]Poskod yang digunakan di Kampung Jelapang, Chalok, Setiu, Terengganu adalah 21450.[1]