Kampung Air Mati
Kampung Air Mati | |
---|---|
Kampung | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Perak |
Daerah | Kampung Gajah |
Kampung | Kampung Air Mati |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 36800 |
Kod kawasan | +605 |
Lokasi Kampung Air Mati di Peta Google |
Kampung Air Mati merupakan sebuah kampung yang terletak di Kampung Gajah, dalam negeri Perak, iaitu sebuah negeri di Malaysia.
Kampung Air Mati terletak di tebing kiri Sungai Perak, dalam mukim Bandar, Kampung Gajah, Perak. Kampung ini sering dilanda banjir lebih-lebih lagi sebelum Empangan Temenggor siap dibina pada tahun 1976.
Sebagaimana kampung-kampung di tebing sebelah kiri Sungai Perak, kampung ini menghadapi masalah perhubungan yang serius sebelum tahun 1987. Sistem pengangkutan yang ada ketika itu ialah menggunakan bot, sebesar bot nelayan pantai.
Antara bot yang ada sekitar tahun 1960-an dan 1970-an ialah bot 88, bot Pak Ismail, bot Mat Lepap, bot Ghazali, bot naga dan lain-lain.
Di Kampung Air Mati terdapat tiga buah surau dan sebuah masjid. Masjid batu ini dibina berhampiran masjid kayu bertiang pada tahun 1960 dan dirasmikan oleh Tun Abdul Razak. Tun Razak dikatakan menjelajah ke seluruh negara lebih 200,000 kilometer dengan kereta, Vespa dan basikal. Untuk pergi ke sana ketika itu, Tun Razak terpaksa menggunakan bot, mudik dari Durian Sebatang, Teluk Intan.
Kemudahan asas
[sunting | sunting sumber]Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Tempat beribadat
[sunting | sunting sumber]Poskod
[sunting | sunting sumber]Poskod yang digunakan di Kampung Air Mati, Kampung Gajah, Perak ialah 36800.[1]