Pergi ke kandungan

Kamera mainan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamera Holga dari China mengambil gambar format sederhana pada filem 120.
Kamera Diana, sebuah klasik dari Hong Kong pada zaman 1960-an dan 1970-an.

Kamera mainan merupakan kamera kotak filem ringkas dan murah yang diperbuat daripada plastik pada hampir keseluruhannya, sering termasuk lensanya. Istilah ini adalah mengelirukan, kerana kamera ini bukan 'alat permainan' kerana ia sebenarnya boleh mengambil gambar. Banyak daripadanya diperbuat untuk diberikan sebagai kebaharuan atau hadiah. Diana, sebuah kamera kotak kebaharuan 4x4cm 1960-an murah dari Hong Kong, merupakan kamera yang paling dikaitkan dengan istilah 'kamera mainan'. Kamera lain, seperti LOMO LC-A, Lubitel dan Holga, sedangkan pada asalnya dijadikan kamera pengguna, juga dikenali dengan istilah ini.

Ramai jurugambar profesional telah menggunakan kamera mainan dan kesan pelik optik lensa murahnya untuk mengambil gambar yang boleh memenangi anugerah. Fotografi kamera mainan telah dipamerkan secara meluas di banyak pertunjukan seni popular, seperti pameran tahunan Krappy Kamera di Soho Photo Gallery di TriBeCa, bandar New York. Banyak penerbitan seperti majalah Photography memberikan pujian terhadap kebaikan kamera Diana sebagai penghasil imej "seni". Beberapa buku juga telah memaparkan karya kamera mainan, seperti "The Diana Show" The Friends of Photography, "Iowa" oleh Nancy Rexroth, dan "Angels at the Arno" oleh Eric Lindbloom.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]