Pergi ke kandungan

Kamera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamera

Kamera (Jawi: كاميرا) ialah alat optik yang digunakan untuk merakam imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (filem atau video).

Nama alat asalnya dari ungkapan Latin camera obscura bererti "bilik gelap" menggambarkan fenomena bayangan yang terbalik dipancarkan dari luar melalui suatu lubang kecil yang ditebuk pada bilik tersebut yang gelap. Ia masyhurnya diterangkan ilmuwan Islam Ibnu Al-Haitham dalam "Makalah Gambaran Gerhana" (مَقَالَة فی صُورَة ‌الکُسُوفMaqālah fī Surat al-Kusūf, 1025 TM) menerangkan pemerhatian gerhana matahari yang dapat dilihat dalam suatu "rumah" kecil (kata asal Arab: بَيْت, rumi: bayt) yang digelapkan (مُظلِمmuẓlim) menghitungkan titik tumpu yang menghasilkan gambaran akhir gerhana dalam rumah kecil ini di mana gambarnya semakin lebar sambil lubang tebuk semakin membesar.[1] Buku Kitab al-Manāẓir yang dikarang beliau 2 tahun kemudian memberi kefahaman kejadian ini diakibatkan pancaran cahaya yang bergerak lurus.[2] Saintis berbangsa Inggeris Robert Boyle dan Robert Hooke kemudiannya mencipta camera obscura yang mudah alih sekitar 1665-1666.[3]

Rajah jalan cahaya melalui lubang tebukan jarum dilakar Ibn al-Haitham dalam Kitab al-Manāẓir

Kamera boleh berfungsi melalui cahaya spektrum nyata atau melalui bahagian-bahagian lain pada spektrum elektromagnetik. Sesebuah kamera biasanya berlampirkan sejenis rongga dengan satu bukaan di sebelah bagi memasukkan cahaya, dan satu permukaan rakaman atau pandangan bagi menangkap cahaya itu pada sebelah yang lain. Kebanyakan kamera mempunyai sebutir lensa yang terlatak di hadapan bukaan kamera untuk mengumpul cahaya yang masuk dan untuk memfokuskan imej, atau sebahagian imej, pada permukaan rakaman. Diameter bukaan itu biasanya dikawal oleh satu mekanisme diafragma, namun ada kamera yang mempunyai bukaan bersaiz tetap.

Jenama kamera

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Galeri kamera

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Raynaud, Dominique (2016). A Critical Edition of Ibn al-Haytham’s On the Shape of the Eclipse: The First Experimental Study of the Camera Obscura (dalam bahasa Inggeris). Springer. ISBN 978-3-319-47991-0.
  2. ^ A. Mark Smith, ed. & trans., “Alhacen’s Theory of Visual Perception: A Critical Edition, with English Translation and Commentary, of the First Three Books of Alhacen’s De Aspectibus, the Medieval Latin Version of Ibn Al-Haytham’s Kitāb Al-Manāẓir,” Transactions of the American Philosophical Society, 91, 4 Diarkibkan 21 Julai 2018 di Wayback Machine5 Diarkibkan 19 Ogos 2019 di Wayback Machine (2001): i–clxxxi, 1–337, 339–819 at 379, paragraph 6.85.
  3. ^ Explanatory Notes (section) of David Constantine's 1994 translation of Goethe's Elective Affinities, Oxford University Press.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]