Pergi ke kandungan

Kalki 2898 AD

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kalki 2898 A.D
PengarahNag Ashwin
PenulisNag Ashwin
Dialogues by
  • Sai Madhav Burra
Dihasilkan olehC. Aswani Dutt
Dibintangi
SinematografiDjordje Stojiljkovic
Disunting olehKotagiri Venkateswara Rao
Muzik olehSanthosh Narayanan
Syarikat
penerbitan
Vyjayanthi Movies
Diedarkan olehSri Venkateswara Creations
Pen Studios
Tarikh tayangan
  • 12 Januari 2024 (2024-01-12)
NegaraIndia
Bahasa
  • Telugu
  • Hindi
Bajet600 crore[1]

'Kalki 2898 AD '(digayakan sebagai KALKI 2898-A.D) ialah filem distopia fiksyen sains epos dari India. ia ditulis dan diarahkan oleh Nag Ashwin berdasarkan dunia distopia.Filem ini diterbitkan oleh C. Aswani Dutt di bawah panji Vyjayanthi Movies. Filem ini dibintangi oleh pelakon ensemble termasuk Kamal Haasan, Prabhas, Amitabh Bachchan, Deepika Padukone dan Disha Patani.Filem ini adalah installment pertama dalam Kalki Cinematic Universe yang direncanakan dan terinspirasi dari Teks Suci Hindu. Berlatar di dunia pasca-apokaliptik pada tahun 2898 Masehi, film ini mengikuti beberapa orang terpilih yang sedang misi untuk menyelamatkan anak yang belum lahir, Kalki dan ibunya SUM-80.

Filem itu diumumkan di bawah tajuk kerja, Project K pada Februari 2020 bertepatan dengan ulang tahun ke-50 Filem Vyjayanthi. Walau bagaimanapun, pengeluaran tertunda selama setahun kerana pandemik COVID-19. Penggambaran bermula pada Julai 2021 dalam set futuristik di Ramoji Film City, di Hyderabad. Ia dirakam serentak dalam bahasa Telugu dan Hindi.[2][3]Kalki 2898 AD dijadualkan ditayangkan di pawagam pada tahun 2024.[4] Dibuat dengan anggaran produksi ₹600 crore (sekitar US$72 juta), ini adalah film India termahal.

Film ini ditayangkan secara global pada 27 Jun 2024 dalam format IMAX, 3D, dan format lainnya, mendapat ulasan positif dari kritikus.

Barisan Pelakon

[sunting | sunting sumber]
  • Amitabh Bachchan sebagai Ashwatthama, Anak lelaki pertapa dan ksatria Dronacharya dan sekutu kepada Kaurava, yang dihukum dengan kutukan keabadian kerana cuba membunuh Parakshit yang belum dilahirkan. Dia telah wujud di Bumi selama hampir enam ribu tahun.
  • Kamal Haasan Sebagai Supreme Yaskin, mengaku sebagai tuhan.
  • Prabhas berperanan ganda
    • Bhairava, Pemburu[5]
    • Karna, seorang pemanah dan pejuang elemen matahari purba yang bersekutu dengan Kauravas.
  • Deepika Padukone,sebagai SUM-80 yang juga dikenali sebagai Sumathi, seorang subjek makmal yang mengandung dan ibu yang diramalkan bagi Kalki.
  • Disha Patani Sebagai Roxie, Teman wanita Bhairava
  • Saswata Chatterjee Sebagai Commander Manas
  • Brahmanandam Sebagai Rajan, tuan rumah untuk rumah yang disewa oleh Bhairava.
  • Shobana Sebagai Mariam, pemimpin Shambala
  • Pasupathy sebagai Veeran, seorang pemberontak dari Shambala
  • Anna Ben sebagai Kyra, seorang pemberontak dari Shambala
  • Kavya Ramachandran sebagai Lilly, pemberontak dari Shambala yanng menyamar di Kompleks
  • Keerthy Suresh sebagai BU-JZ-1 yang juga dikenali sebagai Bujji, droid/kenderaan Kecerdasan buatan, rakan Bhairava (suara latar)

Penampilan kameo

[sunting | sunting sumber]
  • Krishnakumar Balasubramania Sebagai dewa Krishna, sebuah inkarnasi Vishnu, yang dilahirkan semasa zaman Mahabharata untuk membawa keamanan dengan membantu Pandava. Beliau berperanan sebagai tukang kereta Kuda dan strategis Putera Arjuna.
  • Vijay Deverakonda sebagai Arjuna, Saudara ketiga dari keluarga Pandava dan pemanah ulung yang terlibat dalam pertempuran dengan abang sulungnya, Karna.
  • Mrunal Thakur sebagai Divya, seorang wanita yang diduga sebagai ibu Kalki
  • Dulquer Salmaan sebagai 'The Pilot', penjaga Bhairava
  • Malvika Nair Sebagai Utari puteri Matysa, menantu Arjuna, dan ibu Parakshit, pewaris terakhir Dinasti Kuru yang masih hidup setelah Perang Kurukshetra. Dia dan bayinya diserang oleh panah ajaib Ashwatthama setelah perang berakhir.

Pelancaran

[sunting | sunting sumber]

Kalki 2898 AD dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 12 Januari 2024.[6] Pada mulanya bertujuan untuk keluaran 2022, ia ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 dan kerja-kerja pengeluaran.Pada Julai 2022, penerbit Dutt menyatakan bahawa mereka merancang untuk mengeluarkan filem itu pada Januari 2024.[7][8] Filem ini dirancang untuk dikeluarkan dalam bahasa Telugu, Hindi, Tamil, Malayalam, Kannada dan Inggeris[9]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama budget
  2. ^ "Kamal Haasan & Director Nag Ashwin Interview: Kalki 2898 AD and Comic-Con 2023". YouTube. Collider Interviews. Dicapai pada 8 October 2023. Some scenes would definitely be more impactful if we are shooting it in Hindi. So we are shooting it in two languages...
  3. ^ "Has Kamal Hassan, Prabhas and Deepika Padukone's 'Kalki 2898 AD' release been postponed to May 2024?". The Times of India. 24 July 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2023. Dicapai pada 27 July 2023. It was simultaneously shot in Telugu and Hindi and will have a wide release in India and around the world
  4. ^ "Prabhas' 'Adipurush' and 'Project K' to release in English". The Times of India. 29 June 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2023. Dicapai pada 28 April 2023.
  5. ^ "Kalki 2898 AD: Name of Prabhas' character revealed; check out new poster". Hindustan Times. 8 March 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2024. Dicapai pada 8 March 2024.
  6. ^ "Prabhas and Deepika's 'Project K' to release on January 12 2024". The Week (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 February 2023. Dicapai pada 18 February 2023.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :1
  8. ^ "Prabhas-starrer 'Project K' makers eyeing two release dates". The Times of India. 28 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2022.
  9. ^ "Prabhas recalls his first conversation with Deepika Padukone: 'She asked me if I'm shy. I said....'". Hindustan Times. 6 March 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2022.