Tajuk kerja
Penampilan
Tajuk kerja (bahasa Inggeris: working title ), tajuk penerbitan (production title ), atau tajuk tentatif (tentative title ) merupakan tajuk sementara yang dipakaikan pada produk atau projek sewaktu penerbitan, khususnya dalam bidang perfileman, penerbitan televisyen, pembangunan permainan video, atau penciptaan novel atau album muzik.
Tajuk kerja digunakan atas dua sebab utama, iaitu:
- kerana tajuk rasmi belum ditentukan, maka tajuk sementara digunakan untuk identifikasi semata-mata; dan
- sebagai langkah muslihat untuk menyelindung projek sebenar.