Juglans
Walnut | |
---|---|
Juglans major Morton Arboretum acc. 614-47*1 | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Juglans |
Spesies | |
Lihat teks |
Juglans ialah sebuah genus tumbuhan dalam keluarga Juglandaceae yang menghasilkan buah kekeras turut dikenali dengan nama umum jauzah (atau walnut). Sebanyak 21 spesies yang wujud dalam genus ini bertaburan di kawasan beriklim sederhana merentasi kawasan utara Dunia Lama beriklim sederhana dari tenggara Eropah menghala timur ke Jepun, dan lebih meluas di Dunia Baru dari tenggara Kanada menghala barat ke California dan selatan ke Argentina.
Spesies jenis yang paling terkenal dari genus ini adalah Juglans regia asal Balkan di tenggara Eropah, barat daya & tengah Asia hingga ke Himalaya dan barat daya China; spesies ini ditanam secara meluas untuk mendapatkan buah kekerasnya.
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Nama genus "Juglans" berasal dari kata Latin iūglans atau jūglans shasil penyingkatan kata Jōvis glans, 'kacang dari [dewa] Jupiter'.[1]
Ciri botani
[sunting | sunting sumber]Pokok-pokok dalam genus ini berdaun luruh mampu tumbuh mencapai 10–40 meter tinggi (lebih kurang 30–130 kaki), dengan daun pinat 200–900 milimeter panjang (7–35 inci), dengan 5–25 anak daun; tunasnya mempunyai empulur yang berkebuk, ciri yang sama dikongsinya dengan wingnut tetapi bukan dengan pokok hikori dari keluarga yang sama.
Spesies dan klasifikasi
[sunting | sunting sumber]Ahli yang terkenal dalam keluarga ini adalah walnut Persian (J. regia, bermaksud "walnut diraja"), berasal dari Balkans di tenggara Eropah, barat daya & tengah Asia hingga ke Himalaya dan barat daya China. Spesies ini ditanam secara meluas untuk mendapatkan kacangnya yang enak. Menurut UN Food and Agriculture Organization (FAO), kebun Shahmirzad di Iran adalah yang terbesar di dunia (700-750 hektar). Di Kyrgyzstan sahaja terdapat 230,700 hektar hutan buah-walnut, didominasi oleh J. regia yang pokoknya tinggi dan membentuk kanopi (Hemery dan Popov 1998). Di negara yang penduduknya tidak bertutur dalam bahasa Inggeris, J. regia sering dipanggil sebagai "walnut English"; di Great Britain, "walnut biasa".
Walnut Hitam (J. nigra) adalah spesies biasa di tempat asalnya di timur Amerika Utara, malah juga ditanam secara meluas di lain-lain tempat. Kacangnya boleh dimakan, tetapi isirongnya lebih kecil dan mempunyai kulit yang sangat keras, dan tidak ditanam secara menyeluruh bagi pengeluaran kacang. Kayunya terutama sekali amat bernilai.
Pokok Butternut (J. cinerea) juga berasal dari timur Amerika Utara, di mana ia sekarang ini merupakan spesies yang terancam oleh penyakit butternut, disebabkan oleh kulat Sirococcus clavigignenti. Panjang daunnya 40–60 cm, buahnya berbentuk bujur, kulitnya mempunyai rabung yang tinggi dan isirongnya sangat tinggi lemak.
Walnut Hitam Hinds (J. hindsii) berasal dari utara California, di mana ia digunakan secara meluas secara komersil untuk pembiakan pokok J. regia. Kulit walnut hitam Hinds tidak mempunyai alur yang dalam seperti ciri kacang walnut hitam (J. nigra).
Walnut Jepun (J. ailantifolia) serupa seperti walnut Butternut, dibezakan oleh daun yang lebih besar sepanjang 90 cm dan kacangnya bulat (bukan bujur). Kepelbagaian cordiformis, seringnya dipanggil hatikacang mempunyai kacang berbentuk hati; nama biasa keperlbagaian ini menjadi sumber kepada nama keratan Cardiocaryon.
Penanaman dan kegunaan
[sunting | sunting sumber]Dua spesies komersil utama adalah J. regia untuk kayu dan kacang, dan J. nigra untuk kayu. Kedua-dua spesies mempunyai keperluan penanaman yang sama dan ditanam secara besar-besaran dalam zon beriklim sederhana.
Walnut sejenis spesies yang sangat perlukan cahaya yang mendapat manfaat dari perlindungan dari angin. Walnut juga sangat tahan lasak semasa kemarau.
Penanaman walnut secara selingan di ladang dengan pokok pengikatan nitrogen seperti Elaeagnus × ebbingei atau Elaeagnus umbellata, dan pelbagai jenis spesies Alnus menyebabkan peningkatan sebanyak 30% terhadap ketinggian dan lilitan pokok (Hemery 2001).
Bagi menanam pokok untuk mendapatkan kacang, ketelitian perlu dititikberatkan semasa memilih anak pokok yang bersesuaian bagi tujuan pendebungaan, walaupun sesetengah anak pokok dipasarkan sebagai "subur sendiri" ia secara umumnya akan berbuah dengan lebih baik dengan pasangan pendebungaan yang berbeza. Terdapat pelbagai anak pokok tersedia untuk para penanam, menawarkan habit pertumbuhan yang berbeza, berbunga dan berdaun, rasa isirong dan ketebalan kulit. Satu sifat penting bagi kacang Amerika Utara dan Eropah dengan latitud yang lebih mengarah ke utara adalah fenologi, dengan ‘lewat merah’ terutamanya penting untuk mengelak kerosakan akibat suhu bawah takat beku semasa musim bunga. Sesetengah anak pokok dibiakkan untuk sistem produksi pendekatan ‘memagari’, sistem yang dibangunkan di Eropah dan tidak sepadan dengan sistem kebun yang lebih tradisional.