Pergi ke kandungan

Joanie Dodds

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Joanie Dodds
Nama kelahiran Joan Ann Dodds
Tarikh lahir 20 September 1981
Tempat lahir Beaver Falls, Pennsylvania, Amerika Syarikat
Warna rambut Perang
Warna mata Biru
Tinggi 5 ft 9 in (1.75 m)
Ukuran
Berat
Saiz baju
Saiz Kasut 9 (AS)
Agensi I Models, Print Nu Talent, Commercial LA Models, Runway Elite Hong Kong, Elite New York
Nama gelaran Joanie
Suami -

Joanie Dodds (Lahir pada 20 September 1981, Beaver Falls, Pennsylvania) adalah seorang model fesyen Amerika. Joanie sekarang tinggal di Hollywood, California. Beliau telah membuat penampilannya yang pertama di televisyen sebagai naib juara Musim 6 di dalam CW Television Network di dalam rancangan realiti TV,America's Next Top Model

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Joanie adalah anak sulung dari lima beradik.tiga diantaranya adalah lelaki dan selebihnya wanita. Beliau dilahirkan di Beaver Falls, dan juga tinggal di Rawson, Ohio selama 7 tahun, dan graduasi dari Cory-Rawson High School.

Ibu bapanya telah bercerai semasa Joanie berumur 3 tahun, yang di mana Joanie di bawah hak penjagaan secara perkongsian bersama kakaknya, Jennifer selama setahun. Kedua-dua ibubapanya berkahwin sekali lagi dan dikurniakan dengan banyak anak. Bapa Joanie, adalah pegawai bagi Churches of God di Mansfield, Ohio. Ibunya pula adalah pengurus jualan bagi satu syarikat keluli di Beaver Falls.

Di sekolah menengah, Joanie telah disifatkan sebagai gila-gila, suka berseronok tetapi bukan seorang dikenali di sekolahnya. Ia berlanjutan sehingga di tahun seniornya dan selepas bertukar sekolah ke Rawson, barulah dia dikenali dan personalitinya kian menyerlah. Joanie telah terlibat dengan pasukan sorak, trek, pementasan teater, koir dan majlis kesatuan pelajar di sekolahnya. Beliau menjadi presiden kesatuan pelajar dan juga naib presiden kelas senior pada tahun senior beliau sepertimana beliau telah menjadi naib presiden bagi koir. Beliau turut berkemahiran bermain seksofon dan piano lebih dari 15 tahun dan terlibat konsert bagi kumpulan jazz sehingga beliau gred sepuluh. Selepas sekolah tinggi, beliau telah memasuki University of Findlay, di Findlay, Ohio. Beliau lebih cenderung terhadap sains komputer berbanding ekonomi. Semasa beliau di kolej beliau telah melibatkan diri di dalam program Summerstock Theater yang di mana beliau telah membintangi beberapa pertunjukan, termasuk "The Will Rogers Follies" dan "Born Yesterday". Beliau telah meninggalkan universiti untuk mengikuti kenjaya di dalam bidang peragaan selepas telah "ditemui" di dalam satu acara ProScout di Columbus, Ohio pada September 2001. Dari ProScout, Joanie telah menandatangani kontrak bersama Paulines Agency di New York dan Aria di Chicago. Joanie telah memperaga di New York, Chicago, Pittsburgh, Cleveland sebelum diujibakat 3 kali bagi America's Next Top Model pada tahun 2003 dan 2004, akhirnya beliau telah menerima panggilan masuk setelah cubaan kali ketiga. Beliau juga adalah Big Sister di dalam rancangan Big Brothers Big Sisters dan telah membuatkan pihak universiti dan badan-badan amal muncul bagi menyatakan pendapat mereka terhadap pelajar dan bercakap tentang rancangan tersebut dan rasa rendah diri.

America's Next Top Model

[sunting | sunting sumber]

Joanie diterima masuk bagi sesi ujibakat untuk America's Next Top Model, Musim 6. Sepanjang sesi berkenaan dengan penilaian para juri, beliau telah berkata bahawa bapa beliau,seorang kaunselor pernah mengurungnya dalam sangkar tarian.Nama beliau telah dipanggil sebagai peserta kelima bagi menyertai Top 13. Joanie telah membuat 3 rekod di dalam sejarah Top Model. Beliau sekarang telah memegang rekod untuk peserta yang paling banyak memperoleh panggilan pertama sebanyak 5 kali (selepas itu diikuti oleh Anya Kop pada Musim 10 dan juga tidak pernah berada di kedudukan dua terbawah (sama dengan Jaslene Gonzalez pada Musim 8, Anya Kop pada Musim 10 dan McKey Sullivan pada Musim 11, Joanie juga turut muncul dalam Vietnamese Next Top Model sebagai juri jemputan.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]