Pergi ke kandungan

Jean-Jacques Dessalines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jacques I
Maharaja Jacques I dari Haiti
Potret Dessalines
Pemerintahan2 September 1804 – 17 Oktober 1806
Kemahkotaan8 Oktober 1804
Didahului olehTertubuhnya empayar
Diikuti olehPembubaran empayar
Henri Christophe (sebagai Presiden Haiti Utara)
Alexandre Pétion (sebagai Presiden Haiti Selatan)
Keputeraan20 September 1758 (1758-09-20)
Guinea
Kemangkatan17 Oktober 1806(1806-10-17) (umur 48)
Pont Rouge, berdekatan Port-au-Prince, Haiti
PasanganMarie-Claire Heureuse Félicité
Nama penuh
Jean-Jacques Dessalines

Jean-Jacques Dessalines (Sebutan bahasa Perancis: [ʒɑ̃ ʒak dɛs.salin]; 20 September 1758 – 17 Oktober 1806) adalah pemimpin Revolusi Haiti dan pemimpin pertama negara Haiti yang merdeka di bawah naungan perlembagaan negara tersebut pada tahun 1801, lalu dianggap sebagai pengasas negara Haiti.[1]. Beliau pada awalnya bertindak sebagai gabenor jenderal, namun kemudian mengisytiharkan dirinya Maharaja Jacques I dari Haiti (1804–1806).

Dessalines pernah menjadi perwira dalam Angkatan Tentera Perancis semasa percubaan koloni Saint-Domingue mengusir serangan Sepanyol dan Britain. Beliau kemudiannya diangkat menjadi komandan dalam pemberontakan melawan Perancis. Sebagai leftenan utama Toussaint Louverture, ia berhasil memenangkan banyak pertempuran, seperti Pertempuran Crête-à-Pierrot.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Jean-Jacques Duclos lahir dalam keluarga hamba abdi (di mana nama keluarganya diambil dari nama tuan mereka Henri Duclose) di ladang tebu Cormier berdekatan Grande-Riviere-du-Nord.[2] Jean-Jacques bekerja di ladang tersebut sehingga berusia 30 tahun di mana di adibeli seorang warga kulit hitam bebas bernama akhir Dessalines (maka dinamai sebagai Jean-Jacques Dessalines). Jean-Jacques bekerja untuk Dessalines selaam tiga tahun sehingga berlakunya suatu pemberontakan hamba yang tersebar serata Plaine du Nord pada 1791.

Penglibatan dalam revolusi

[sunting | sunting sumber]

Dessalines berpaling tadah selepas Pertempuran Crête-à-Pierrot dan menyebelahi Charles Leclerc, Alexandre Pétion dan André Rigaud.

Setelah pengkhianatan dan penangkapannya terhadap Louverture pada tahun 1802, Dessalines menjadi pemimpin revolusi. Pada 18 November 1803, angkataan kulit hitam dan kacukan di bawah Dessalines dan Pétion menyerang kubu Vertières berdekatan Cap-Français di sebelah utara, barisan pertahanan kubu tersebut menyerah kalah pada keesokan harinya. Pihak Perancis menyerah kalah dan menyerahkan sisa kawasan pegangannya kepada pihak Dessalines pada 4 Disember 1803, dengan ini mengakhiri pemberontakan para hamba abdi yang berjaya ini.[3] Dessalines menulis Perisytiharan Kemerdekaan Haiti pada tahun 1804 serta turut menggelarkan dirinya sebagai maharaja negara tersebut and declared himself emperor.[4]

Beliau memerintahkan pembunuhan beramai-ramai orang-orang kulit putih di Haiti yang mengorbankan 3,000 hingga 5,000 orang antara Februari hingga April 1804.[5]

Beliau dibunuh pada tahun 1806 oleh sebahagian anggota kerajaan yang tidak berpuas hati dengannya.[6] Kumpulan pembunuh itu mencacatkan mayatnya lalu meninggalkan mayat tersebut di Dataran Pemerintah di Port-au-Prince.[7]

Catatan kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Independent Haiti". Dicapai pada 27 November 2006.
  2. ^ "Jean Jacques Dessalines". Educando. Mac 2007.
  3. ^ "Chapter 6 – Haiti: Historical Setting". Country Studies. Library of Congress. Dicapai pada 18 September 2006.
  4. ^ William Alexander MacCorkle (1915). The Monroe doctrine in its relation to the republic of Haiti. Neale Publishing Company. m/s. 42..
  5. ^ Philippe R. Girard (2011). The Slaves Who Defeated Napoleon: Toussaint Louverture and the Haitian War of Independence 1801–1804. Tuscaloosa, Alabama: University of Alabama Press. ISBN 978-0-8173-1732-4
  6. ^ "Slave Revolt in St. Domingue".
  7. ^ Geggus, David Patrick (2009). The World Of the Haitian Revolution. Indiana University Press. m/s. 368..

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]