Jawatankuasa Keempat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | SPECPOL, C4 |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan, standing committee |
Status undang-undang | Aktif |
Tapak web | www.un.org/en/ga/fourth |
Pengurusan | |
Ketua | Pengerusi Mohamed Al Hassan |
Organisasi induk | Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Lokasi | |
Ibu pejabat | New York, Amerika Syarikat |
Catatan kaki | |
Portal Politik | |
sunting · sunting di Wikidata |
Jawatankuasa Keempat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (juga Jawatankuasa Politik dan Penyahjajahan Khas atau SPECPOL atau C4) ialah satu daripada enam jawatankuasa utama Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tugasnya menangani pelbagai isu politik, termasuk pengaman PBB dan penggunaan angkasa lepas secara aman. Walau bagaimanapun, kebanyakan masanya diluangkan dengan isu-isu penyahjajahan dan Timur Tengah.
Amanat
[sunting | sunting sumber]Semasa mula diwujudkan, Jawatankuasa Keempat bertanggungjawab sepenuhnya untuk hal-hal berkaitan amanah dan penyahjajahan. Namun, selepas kemerdekaan diberikan kepada semua wilayah amanah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam agendanya, beban kerja jawatankuasa kurang. Disebabkannya, Jawatankuasa Keempat digabungkan dengan Jawatankuasa Khas Politik, yang telah diwujudkan sebagai jawatankuasa utama ketujuh untuk menangani isu-isu politik tertentu.[1]
Jawatankuasa Keempat menangani: item-item, kesan sinaran atom, soalan yang berkaitan dengan maklumat, kajian menyeluruh tentang persoalan operasi pengaman, kajian misi-misi politik khas, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat, laporan Jawatankuasa Khas tentang Amalan-Amalan Israel dan kerjasama antarabangsa dalam menggunakan angkasa lepas dengan aman.
Kaedah Kerja
[sunting | sunting sumber]Jawatankuasa Keempat bermesyuarat setiap tahun dari akhir September hingga pertengahan November, tetapi juga bersidang sekejap antara bulan Mac dan Jun untuk menerima pakai sebarang resolusi dan keputusan berkaitan pengaman yang diluluskan oleh Jawatankuasa Khas Operasi Pengaman. Kesemua 193 negara anggota PBB boleh menghadiri mesyuaratnya.
Berbeza daripada kebanyakan badan PBB yang lain, tiada perdebatan besar dijalankan pada permulaan kerja jawatankuasa. Jawatankuasa ini juga membenarkan pempetisyen, iaitu wakil masyarakat sivil dan pihak berkepentingan lain, untuk mengajukannya dalam isu-isu penyahjajahan. Akhir sekali, jawatankuasa biasanya menerima pakai kira-kira 30-35 draf resolusi dan beberapa draf keputusan setiap tahun, biasanya melalui konsensus.
Badan Pelapor
[sunting | sunting sumber]Badan-badan berikut melaporkan melalui Jawatankuasa Keempat kepada Perhimpunan Agung:
- Jawatankuasa Penerangan
- Jawatankuasa Penggunaan Aman Angkasa Lepas (COPUOS)
- Jawatankuasa Khas Operasi Pengaman (C-34)
- Jawatankuasa Khas Penyajajahan (C-24)
- Jawatankuasa Khas untuk Menyiasat Amalan Israel yang Menjejaskan Hak Asasi Manusia Rakyat Palestin dan Arab lain di Wilayah yang Diduduki
- Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Negara Palestin di Timur Dekat (UNRWA)
- Jawatankuasa Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kesan Sinaran Atom (UNSCEAR)
Keadaan semasa
[sunting | sunting sumber]Dalam Sesi ke-78-nya, jawatankuasa ini akan menumpukan:[2]
- Bantuan dalam tindakan periuk api
- Kesan-kesan sinaran atomik
- Kerjasama antarabangsa dalam penggunaan angkasa lepas dengan aman
- Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat
- Amalan-Amalan Israel yang Menjejaskan Hak Asasi Manusia Rakyat Palestin dan Orang Arab Lain di Wilayah yang Diduduki
- Kajian menyeluruh terhadap keseluruhan persoalan operasi pengaman dalam segala aspeknya
- Kajian menyeluruh terhadap misi-misi politik khas
- Soalan yang berkaitan dengan maklumat
- Maklumat daripada Wilayah Bukan Pemerintahan Sendiri yang dihantar di bawah Perkara 73 e Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- Aktiviti ekonomi dan lain-lain yang menjejaskan kepentingan rakyat di Wilayah Tidak Berkuasa Sendiri
- Pelaksanaan Perisytiharan Pemberian Kemerdekaan kepada Negara dan Rakyat Kolonial oleh agensi khusus dan institusi antarabangsa yang berkaitan dengan PBB
- Tawaran oleh Negara-Negara Anggota untuk kemudahan belajar dan latihan untuk penduduk Wilayah Tidak Berkuasa Sendiri
- Pelaksanaan Perisytiharan Pemberian Kemerdekaan kepada Negara dan Rakyat Kolonial
Biro
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan biro Jawatankuasa Keempat bagi Perhimpunan Agung Sesi Ke-78:[3]
Nama | Negara | kedudukan |
---|---|---|
Mathu Joyini | Afrika Selatan | Pengerusi |
Sara Rendtorff-Smith | Denmark | Naib pengerusi |
Patryk Jakub Woszczek | Poland | Naib pengerusi |
Joaquín Alberto Pérez Ayestarán | Venezuela | Naib pengerusi |
Mariska Dwianti Dhanutirto | Indonesia | Pelapor |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
- ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu R 233 session 47 Revitalization of the work of the General Assembly on 17 August 1993
- ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Annex 1 session 78 Allocation of agenda items to the Special Political and Decolonization Committee (Fourth Committee)
- ^ Bureau. "Special Political and Decolonization (Fourth Committee): Bureau of the 77th Session". General Assembly of the United Nations. United Nations. Dicapai pada 2023-01-10.