Januari 2009
Penampilan
Januari 2009 ialah bulan pertama untuk tahun 2009. Ia bermula pada hari Khamis dan berakhir selepas 31 hari pada hari Sabtu.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 25 Januari - Sasterawan Negara Malaysia Arena Wati meninggal dunia akibat penyakit barah peparu.
- 23 Januari - Jumlah pengguna unik Internet dalam satu bulan mencecah 1 bilion pada Disember 2008.
- 20 Januari - Barack Obama (gambar) mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44.
- 17 Januari - Israel mengisytiharkan gencatan senjata satu pihak setelah korban konflik Gaza mencecah 1300 orang. Hamas turut berbuat demikian.
- 15 Januari - Korban serangan Israel di Genting Gaza meningkat melebihi 1000 orang, kebanyakannya orang awam.
- 10 Januari - Feri KM Teratai Prima terbalik dan karam di perairan Sulawesi, Indonesia, mengorbankan lebih 200 orang.
- 3 Januari - Pasukan darat Israel mengepung Gaza selepas seminggu mengebom Hamas di kawasan tersebut.
- 3 Januari - John Atta Mills dari Kongres Demokratik Kebangsaan terpilih sebagai Presiden Ghana.