Pergi ke kandungan

Janez Janša

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Janez Janša
Janša pada 2021
Perdana Menteri Slovenia
Menyandang jawatan
3 Mac 2020
PresidenBorut Pahor
TimbalanZdravko Počivalšek
Matej Tonin
Aleksandra Pivec
Didahului olehMarjan Šarec
Dalam jawatan
10 Februari 2012 – 20 Mac 2013
PresidenDanilo Türk
Borut Pahor
Didahului olehBorut Pahor
Digantikan olehAlenka Bratušek
Dalam jawatan
3 Disember 2004 – 21 November 2008
PresidenJanez Drnovšek
Danilo Türk
Didahului olehAnton Rop
Digantikan olehBorut Pahor
Presiden dalam jawatan Majlis Eropah
Dalam jawatan
1 Januari 2008 – 30 Jun 2008
Didahului olehJosé Sócrates
Digantikan olehNicolas Sarkozy
Menteri Pertahanan
Dalam jawatan
7 Jun 2000 – 30 November 2000
Perdana MenteriAndrej Bajuk
Didahului olehFranci Demšar
Digantikan olehAnton Grizold
Dalam jawatan
16 Mei 1990 – 29 Mac 1994
Perdana MenteriLojze Peterle
Janez Drnovšek
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehJelko Kacin
Pemimpin Parti Demokratik Slovenia
Menyandang jawatan
Mei 1993
Didahului olehJože Pučnik
Ahli Perhimpunan Kebangsaan
untuk Grosuplje
Menyandang jawatan
8 April 1990
Maklumat peribadi
Lahir
Ivan Janša

(1958-09-17) 17 September 1958 (umur 66)
Grosuplje, Slovenia, Yugoslavia (kini Slovenia)
Parti politikLiga Komunis (sebelum 1985)
Kesatuan Demokratik Slovenia (1989–1991)
Parti Demokratik Slovenia (1991–kini)
PasanganSilva Predalič
Urška Bačovnik (k. 2009)
Anak4
PendidikanUniversiti Ljubljana

Ivan Janša [i-van yan-sya] / [ˈíːʋan ˈjàːnʃa][1] lahir pada 17 September 1958), dikenali sebagai Janez Janša [jàːnɛs][2], ialah seorang ahli politik Slovenia yang merupakan Perdana Menteri Slovenia semasa, yang juha pernah berkhidmat dari 2004 hingga 2008 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2013. Beliau telah memimpin Parti Demokratik Slovenia sejak 1993. Janša menjawat kerusi Menteri Pertahanan negara tersebut dari tahun 1990 hingga 1994, terutamanya semasa meletusnya Perang Kemerdekaan Slovenia dari Jun sehingga Julai 1991. Janša kalah dalam bidaan keempat untuk jawatan perdana menteri pada April 2022, apanila partinya dikalahkan oleh parti Gerakan Kebebasan.[3]

Janša menjadi Perdana Menteri sekali lagi pada 2012 berikutan pilihan raya awal pada Disember tahun sebelumnya. Pada 27 Februari 2013, kerajaan kedua Janša digulingkan dengan proses pengundian, Oleh hal yang demikian, Alenka Bratušek dari parti Slovenia Positif ditugaskan untuk membentuk kerajaan yang baru.[4] Pada 5 Jun 2013, Janša dihukum dua tahun penjara atas tuduhan rasuah.[5] Keputusan itu disahkan oleh Mahkamah Tinggi Slovenia pada 28 April 2014[6] dan sebulat suara dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan Slovenia pada 23 April 2015.[7]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan kepada keluarga penganut mazhab Katolik Rom dalam kelas pekerja di Grosuplje. Bapanya merupakan ahli Pengawal Rumah Slovenia dari Dobrova dekat Ljubljana yang terlepas daripada pembalasan Komunis kerana usianya yang muda.[8]

Janša lulus dari Fakulti Sains Sosial Universiti Ljubljana dengan ijazah dalam Pengajian Pertahanan pada tahun 1982, dan menjadi pelatih di Sekretariat Pertahanan Republik Sosialis Slovenia. Beliau kemudiannya menyertai Liga Komunis Sloveniaserta menjadi salah seorang pemimpin sayap pemuda dalam liga tersebut. Beliau menjadi presiden Jawatankuasa Pertahanan Rakyat Asas dan Perlindungan Diri Sosial Liga Pemuda Sosialis Slovenia.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]
Kabinet Janez Janša pada tahun 2004.

Janša adalah pendaki gunung yang aktif, pemain golf, pemain bola sepak, pemain ski dan peluncur salji.[9]

Sejak Julai 2009, Janša telah berkahwin dengan Urška Bačovnik (MD) dari Velenje. Kedua-dua mereka telah bercinta sejak 2006.[10] Pada bulan Ogos 2011, anak mereka Črtomir dilahirkan.[11] Anak kedua mereka, Jakob, dilahirkan pada bulan Ogos 2013.[12]

Sebelum perkahwinannya dengan Urška Bačovnik, Janša berada dalam hubungan jangka panjang dengan Silva Predalič, yang melahirkan dua anak, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.[13][14]

  1. ^ "Slovenski pravopis 2001: Ivan". "Slovenski pravopis 2001: Janša".
  2. ^ "Janša: P.S. Janez ni moj vzdevek" [Janša: P.S.: Janez bukan Nama Panggilan saya]. 24ur.si (dalam bahasa Slovenia). 28 September 2010.
  3. ^ Lihtenvalner, Katja (April 25, 2022). "Slovenia's populist PM loses election to environmentalist party" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. CNN.
  4. ^ "Slovenia parliament ousts PM Jansa". 28 Februari 2013. Dicapai pada 4 Mac 2018 – melalui www.bbc.co.uk.
  5. ^ "Janša to "Fight to the End", Says Conviction Political". The Slovenia Times. 5 Jun 2013.
  6. ^ "Slovenian court confirms jail sentence for ex-PM Jansa". Reuters. 28 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-26. Dicapai pada 2018-06-18.
  7. ^ "Constitutional court overturned the convictions in the Patria case". MMC RTV Slovenia. 23 April 2015.
  8. ^ Janez Janša, Okopi (Ljubljana: Mladinska knjiga, 1994)
  9. ^ "Curriculum Vitae". Office of the Prime Minister. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-20. Dicapai pada 2008-09-20. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ "Janez in Urška sta uradno zaročena" (dalam bahasa Slovenian). MMC RTV SLO. 9 January 2008. Dicapai pada 2008-09-20.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Rodil se je Črtomir Janša". Slovenskenovice.si. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-14. Dicapai pada 2011-10-23.
  12. ^ "Janša ima sina Jakoba" [Janša Has the Son Jakob] (dalam bahasa Slovenian). Slovenskenovice.si. 13 August 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Curriculum Vitae". Office of the Prime Minister. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-20. Dicapai pada 2008-09-20. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  14. ^ "Janša poročen s Silvio" (dalam bahasa Slovenian). Vest.si. 27 Oktober 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2008. Dicapai pada 20 September 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Jawatan politik
Pejabat baharu Menteri Pertahanan
1990–1994
Diikuti oleh:
Jelko Kacin
Didahului oleh
Franci Demšar
Menteri Pertahanan
2000
Diikuti oleh:
Anton Grizold
Didahului oleh
Anton Rop
Perdana Menteri Slovenia
2004–2008
Diikuti oleh:
Borut Pahor
Didahului oleh
José Sócrates
Presiden Majlis Eropah
2008
Diikuti oleh:
Nicolas Sarkozy
Didahului oleh
Borut Pahor
Perdana Menteri Slovenia
2012–2013
Diikuti oleh:
Alenka Bratušek
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Jože Pučnik
Presiden Parti Demokratik
1993–present
Pemegang jawatan kini