Jalan Lingkaran Dalam Segamat
Templat:Malaysia municipal road routebox
Jalan Lingkaran Dalam Segamat merupakan satu sistem jalan lingkaran 4 lorong tunggal di Segamat, Johor, Malaysia. Jalan lingkaran ini terdiri daripada Jalan Pemuda, Jalan Hassan (Laluan Negeri Johor J154), Jambatan Kedua Segamat, Jalan Hassan Abdullah, Jalan Pee Kang Hai dan Jalan Chia Chin Koon.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebelum abad ke-20, medium pengangkutan utama di Segamat adalah melalui jalan sungai. Walau bagaimanapun, bentuk pengangkutan di Segamat mula berubah apabila kerajaan penjajah British mula membina sistem kereta api kebangsaan serta jaringan jalan raya (Laluan Persekutuan LP 1 dan Laluan Persekutuan
LP 23) melalui Segamat. Hasilnya, beberapa jalan raya perbandaran mula dibina bagi menghubungkan kampung-kampung berhampiran Segamat.
Sejak itu, Jalan Pemuda dan Jalan Hassan digunakan sebagai laluan pintasan apabila jalan utama (Laluan Persekutuan LP 1) ditutup bagi upacara atau perayaan khas. Kadar aliran trafik di sepanjang Laluan Persekutuan 1 terus bertambah setiap tahun hasil pertambahan penduduk, maka bahagian jalan raya utama di Segamat sepanjang 8 kilometer telah dinaik taraf menjadi jalan raya tunggal 4 lorong (jalan raya kembar di pusat bandar) pada tahun 1985.
Hasil pertambahan aliran trafik, kesesakan jalan raya adalah lazim terutamanya di jambatan utama di Segamat. Oleh itu, kerajaan persekutuan membuat keputusan untuk membina jambatan kedua Segamat bagi mengurangkan kesesakan di jambatan utama. Pembinaan jambatan berkenaan bermula pada penghujung tahun 1998 dan siap pada tahun 2001. Sebaik sahaja jambatan tersebut siap, sebatang jalan raya kembar baru, Jalan Hassan Abdullah, dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat, menghubungkan jambatan kedua tersebut dengan Jalan Pee Kang Hai.
Pada tahun 1996, Segamat dipilih sebagai tuan rumah perayaan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Pada masa tersebut, laluan lencongan, terutamanya di Jalan Hassan dan Jalan Pemuda yang hanya selebar dua lorong, sesak teruk serta tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang terlalu banyak semasa perayaan tersebut. Oleh itu, JKR Segamat bercadang untuk membangunkan satu sistem jalan lingkaran dengan menaik taraf jalan perbandaran 2 lorong sedia ada seperti Jalan Pemuda, Jalan Hassan, Jalan Pee Kang Hai dan Jalan Chia Chin Koon kepada jalan raya tunggal 4 lorong. Pembinaan Jambatan Kedua Segamat juga termasuk dalam pakej jalan lingkaran tersebut. Pembinaan bermula sebaik sahaja Jambatan Kedua Segamat selesai dibina dan siap dibina pada Ogos 2005, beberapa minggu sebelum sambutan Hari Kebangsaan tahun 2005.
Sebaik sahaja Jalan Lingkaran Dalam Segamat siap dibina, jalan lingkaran tersebut digunakan untuk melencongkan aliran lalu lintas apabila Segamat sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah Hari Kebangsaan 2005 peringkat negeri Johor. Tidak seperti sambutan tahun 1996, aliran trafik kali ini sangat lancar semasa sambutan Hari Kebangsaan 2005.
Senarai persimpangan
[sunting | sunting sumber]Km | Susur keluar |
Persimpangan | Ke | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
PERSIMPANGAN PEMUDA | ![]() UTARA ![]() ![]() ![]() ![]() SELATAN ![]() ![]() |
Simpang tiga | |||
JALAN PEMUDA | |||||
Kampung Jalan Pemuda | Kampung Jalan Pemuda | ||||
JALAN PEMUDA | |||||
PERSIMPANGAN KAMPUNG TENGAH | UTARA J154 JALAN KAMPUNG TENGAH J154 Kampung Tengah J154 Kampung Tungku Tiga |
Simpang tiga | |||
J154 JALAN HASSAN | |||||
Kampung Gubah | Kampung Gubah | ||||
Jalan Arshad | JALAN ARSHAD Jalan Hussin Jalan Awang Sekolah Tinggi Segamat |
Simpang tiga | |||
Jalan Sekolah | JALAN SEKOLAH Jalan Awang Sekolah Tinggi Segamat |
T-junction | |||
TNB Segamat | Ibu pejabat TNB cawangan daerah Segamat | ||||
J154 JALAN HASSAN | |||||
PERSIMPANGAN LAKSAMANA | UTARA Pusat bandar Segamat (Bandar Atas) BARAT J154 JALAN SULTAN ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Kuala Lumpur |
Simpang empat | |||
JALAN HASSAN ABDULLAH | |||||
Jambatan Sungai Segamat Jambatan Kedua Segamat |
Jalan raya kembar bermula/tamat | ||||
Taman Utama | Taman Utama Ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan daerah Segamat |
||||
JALAN HASSAN ABDULLAH | |||||
PERSIMPANGAN PEE KANG HAI | Pusat bandar Segamat (Bandar Seberang) Restoran KFC, McDonald's & Pizza Hut ![]() |
Simpang empat Jalan raya kembar bermula/tamat | |||
JALAN PEE KANG HAI | |||||
PERSIMPANGAN CENDERAWASIH | TIMUR Taman Segar BARAT JALAN SYED ABUDUL KADIR Pasaraya Upwell Kampung Abdullah ![]() |
Simpang empat | |||
Jalan Medoi | UTARA J152 JALAN MEDOI J152 Kampung Jawa J152Litar Motocross Shariff J152 FELDA Medoi |
Simpang tiga | |||
JALAN PEE KANG HAI | |||||
Taman Kemawan | Taman Kemawan Jalan Meryani |
Simpang tiga | |||
JALAN CHIA CHIN KOON | |||||
Giant Hypermarket Segamat | Giant Hypermarket Segamat (pintu masuk belakang) | Arah Kampung Abdullah | |||
JALAN CHIA CHIN KOON | |||||
PERSIMPANGAN KENAWAR | ![]() UTARA ![]() J14 Bukit Kepong ![]() SELATAN ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Johor Bahru Singapura |
Simpang tiga |