Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
Penampilan
Jabatan Mufti Pulau Pinang adalah sebuah jabatan yang ditubuhkan di bawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 1 Julai 1959. Pihak Mampu bersama beberapa agensi yang berkaitan telah mengemukakan perakuan berkaitan Jabatan Fatwa melalui kajian penyusunan semula Majlis/ Jabatan Agama Islam di negeri-negeri pada tahun 1984. Kesimpulan cadangan itu supaya Jabatan Mufti atau urusan fatwa perlu diasingkan dari Jabatan Agama Islam dan diberi peranan yang sewajarnya. Maka pada 1 Januari 1997, lahirlah Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan sekarang ini dikenali dengan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
Senarai Mufti
[sunting | sunting sumber]No. | Nama | Tahun Khidmat |
---|---|---|
1 | Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah bin Haji Ibrahim (Dikenali sebagai Sheikh Abdullah Fahim) | 1951-1956 |
2 | Tuan Guru Haji Abdullah bin Ismail (Dikenali sebagai Abdullah Sanap) | 1961-1964 |
3 | Datuk Sheikh Haji Adnan bin Sheikh Haji Hashim | 1969-1981 |
4 | Tuan Haji Abdul Rashid Haji Hashim | 1982-1984 |
5 | Dato’ Haji Mohammad bin Haji Hashim (Dikenali sebagai Ustaz Mad Soghir) | 1984-1993 |
6 | Dato’ Syeikh Azmi bin Ahmad | 1993-1997 |
7 | Dato’ Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad | 1997-2014 |
8 | Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim bin Haji Wan Mohd Noor | 2014-2024 |
9 | Prof Madya Dr. Mohd Sukki bin Othman | 2024-kini |