Pergi ke kandungan

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang)

Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) adalah satu majlis ditubuhkan menurut kuasa seksyen 4 Undang-Undang Pentadbiran Ulama Islam pada tahun 1959 bagi menasihati Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertua Agong dalam perkara berkaitan dengan agama Islam.

Peranan MAINPP adalah untuk melahirkan masyarakat Islam yang beriman, bertakwa dan dinamis dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ia juga berperanan untuk menegakkan keadilan mengikut hukum-hukum Islam serta mengawal dan membasmi murtad, bidaah, kemungkaran, maksiat, khurafat dan fikiran-fikiran yang menjejaskan kesucian Islam.

Selain itu, MAINPP juga berperanan untuk memaju, menggalak, memudah dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial serta kesejahteraan umat Islam di Negeri Pulau Pinang berlandaskan hukum syara'.

Dasar-dasar dan keputusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dilulus oleh 16 orang ahli yang ditauliahkan untuk tempoh 2 tahun oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong.

Visi dan Misi

[sunting | sunting sumber]
  • Menjadi Sebuah Institusi Yang Unggul Berteraskan Konsep Muamalah Islam Demi Kesejahteraan Ummah.
  • Merealisasikan Pengurusan Baitulmal Yang Bertaraf Dunia Melalui Sistem Pengurusan Dan *Pentadbiran Yang Efisyen Serta Efektif

Sebelum penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Seberang Perai, iaitu sebelum negara ini mencapai kemerdekaan, telah ada terbentuk dengan apa yang dipanggil Lembaga Penasihat Ugama Islam. Lembaga ini adalah bertugas sebagai penasihat dan bertanggungjawab mengenai hal ehwal Agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang. Antara tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Lembaga ini adalah untuk mengkaji dan mengesyorkan supaya suatu badan yang bertanggungjawab sepenuhnya mengenai hal ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Dalam tahun 1955 satu Jawatankuasa telah dilantik oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengkaji penubuhan Majlis Agama Islam. Usaha-usaha ke arah ini berjalan agak perlahan sedikit. Ini adalah memandangkan kepada beberapa pergolakan yang timbul dalam negara ini dalam usaha-usaha ke arah mencapai kemerdekaan. Dalam tahun 1957, setelah negara mencapai kemerdekaan, satu Jawatankuasa Khas telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jawatankuasa khas ini telah mengkajidari semua aspek dalam usaha ke arah penubuhan Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai, akhirnya JawatankuasaKhas ini telah bersetujudan mengesyorkan supaya diadakan Undang-Undang untuk membolehkan penubuhan Majlis Agama Islam, Pulau Pinang dan Seberang Perai. Dengan usaha yang gigih ahli-ahli Jawatankuasa Khas ini serta dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, akhirnya pada 15hb. April 1959, satu Undang-Undang bagi membolehkan penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Seberang Perai telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Undang-undang ini telah dinamakan Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam Tahun 1959(Undang-Undang No. 3 Tahun 1959).

Setelah Undang-Undang ini diluluskan, pada 1hb Januari 1960, ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kedua, Almarhum Tuanku Hishammuddin Alam Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah telah memperkenankan perlantikan Yang di Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai yang pertama iaitu Allahyarham Tuan Haji G.M. Yusoff, Allahyarham Tuan Haji Abdullah bin Haji Ibrahim sebagai Mufti pertama dan Tuan Haji Ali Rouse sebagai Setiausaha yang pertama. Ahli-ahli Majlis Ugama Islam yang pertama dilantik adalah terdiri daripada 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri yang beragama Islam dan 15 orang ahli terdiri dari tokoh-tokoh ulamak dan pemimpin tempatan.