Jabatan Komunikasi Komuniti
جابتن كومونيكاسي كومونيتي | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 Februari 2021 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Bahagian Pengurusan Hatanah, Aras 7, Blok B3, Parcel B, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Komunikasi Malaysia |
Laman sesawang | www |
Jabatan Komunikasi Komuniti (Tulisan Jawi: جابتن كومونيكاسي كومونيتي ; singkatan: J-KOM) sebuah agensi kerajaan Malaysia yang tertakluk di bawah Kementerian Komunikasi Malaysia. Kini, J-KOM diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Kosong.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pertubuhan ini bermula sebagai Badan Hal Ehwal Khas (BHEK), sebuah unit di bawah Kementerian Penerangan yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 untuk mengekalkan dan melindungi kestabilan politik, agama dan kerajaan.[1] Pada 1960, BHEK ditingkatkan dan diganti namanya menjadi Cawangan Hal Ehwal Khas (CHEK) di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Penerangan. Mesyuarat kabinet kerajaan pada bulan Mac 2000 meluluskan pembentukan Jabatan Hal Ehwal Khas (akronim asal JHEK) sebagai naik taraf daripada CHEK.[2] Pada tahun 2004, akronim JHEK ditukar menjadi JASA. Ia dibentuk pada mulanya bertujuan untuk menerangkan inisiatif dan program pemerintah sebelum perlahan-lahan menyimpang dan berubah menjadi jentera propaganda politik untuk BN terutamanya bagi pihak Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menyerang pembangkang.[3]
Fungsi kontroversi JASA dipersoalkan dan didakwa sebagai agensi kerajaan yang tidak cekap walaupun mempunyai 1046 kakitangan dan perbelanjaan besar sebanyak RM74 juta.[4] Ketua Pengarahnya, Puad Zarkashi (2015-2018) dibayar RM20,592.00 sebulan secara bulanan, malah lebih tinggi daripada gaji menteri sebanyak RM14,907.20 sebulan.[1]
Pembubaran
[sunting | sunting sumber]Selepas pilihan raya umum 2018 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan BN, pada 23 Mei 2018, Perdana Menteri baharu Mahathir Mohamad sebagai pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengumumkan bahawa JASA serta beberapa buah agensi dan jabatan kerajaan akan dihapuskan.[1][5] Dr Mahathir berkata bahawa JASA telah dibubarkan kerana memiliki terlalu banyak unsur politik.[6] JASA dibubarkan sepenuhnya pada 15 Oktober 2018 dengan 300 orang penjawat awamnya diserap ke jabatan dan kementerian lain, sementara kakitangan kontraknya yang kebanyakannya berunsur politik ditamatkan.[7]
Belanjawan 2021 dan penubuhan semula
[sunting | sunting sumber]Di bawah kerajaan Perikatan Nasional yang juga termasuk Barisan Nasional pada 2020, pihak kerajaan melampirkan cubaan penghidupan semula JASA melalui peruntukan terhadap jabatan ini melalui Belanjawan 2021 negara yang dibentangkan pada 6 November. Berdasarkan lampiran yang dibentangkan, JASA bakal menerima dua buah peruntukan, yakni peruntukan pertama sebanyak RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan kedua sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru, dengan jumlah sebanyak RM85.5 juta.[8] Dua minggu selepas itu, pihak kerajaan mengumumkan bahawa JASA akan dijenamakan semula menjadi Jabatan Komunikasi Komuniti, J-KOM dengan pengurangan peruntukan daripada jumlah asal, dan menegaskan bahawa J-KOM tidak akan disalah guna sebagai alat propaganda prokerajaan serta tidak akan melakukan lantikan politik bagi jawatan-jawatan tertinggi J-KOM.[9][10] Pada 10 Disember, pihak kerajaan menurunkan lagi bajet terhadap J-KOM sehingga RM40.5 juta, kurang separuh peruntukan asal.[11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "4 Agensi Dibubarkan Kerajaan Bawah Pimpinan Tun Mahathir. Apa Fungsi Mereka Sebelum Ni?". CILISOS (dalam bahasa Malay). 23 Mei 2018. Dicapai pada 23 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) - apakah tugas hakiki pegawainya? dari mana asalnya?". YANG GAMBI (dalam bahasa Malay). yanggambi.blogspot.com/. 13 Mei 2009. Dicapai pada 14 Jun 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "PERKHIDMATAN AWAM: APA TUGAS 272 KAKITANGAN JASA? ADAKAH LANTIKAN KONTRAK DIISI OLEH AHLI UMNO?". Rafizi Ramli. 16 Februari 2017. Dicapai pada 14 September 2018.
- ^ Tan Hong Pin (1 April 2015). "Penubuhan JASA hanya membazir wang dan menyalahgunakan kuasa". SETIAUSAHA KEBANGSAAN DAPSY & ADUN MENGKIBOL. Parti Tindakan Demokratik (DAP). Dicapai pada 14 September 2018.
- ^ "Dr M: SPAD, Pemandu, Jasa and MPN among agencies to be abolished". The Star. 23 Mei 2018. Dicapai pada 14 Jun 2018.
- ^ Mohd Husni Mohd Noor (20 September 2018). "300 civil servants from Jasa to be absorbed into other departments, ministries, contract staff to be axed". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 September 2018.
- ^ "Laporan: 800 hilang kerja bila JASA tutup". Malaysiakini. 20 September 2018. Dicapai pada 21 September 2018.
- ^ Abdullah, Madiha. "Belanjawan 2021: "Kenapa JASA dapat RM81 juta?" - Syed Saddiq". Astro Awani.
- ^ "Saifuddin beri jaminan peruntukan RM85.5j Jasa dikurangkan". Malaysiakini. 25 November 2020. Dicapai pada 26 November 2020.
- ^ "Jasa dijenamakan semula sebagai J-Kom". Malaysiakini. 2 November 2020. Dicapai pada 26 November 2020.
- ^ Tarrence Tan, Martin Carvalho, Hemananthani Sivanandam, Rahimy Rahim (10 Disember 2020). "Budget 2021: 'Jasa' funds reduced to RM40.5mil". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Disember 2020.CS1 maint: multiple names: authors list (link)