Istana Nurul Iman
Istana Nurul Iman ايستان نور الإيمان | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Istana |
Lokasi | Brunei |
Negara | Brunei |
Koordinat | 4°52′19.31″N 114°55′14.72″E / 4.8720306°N 114.9207556°EKoordinat: 4°52′19.31″N 114°55′14.72″E / 4.8720306°N 114.9207556°E |
Pembinaan bermula | 1984 |
Disiapkan pada | 1984 |
Pembiayaan | AS$1.4 bilion |
Pelanggan/klien | Sultan Haji Hassanal Bolkiah |
Pemilik | Sultan Haji Hassanal Bolkiah |
Butiran teknikal | |
Keluasan tingkat | 200,000 m² |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Leandro V. Locsin |
Firma arkitek | Ayala International |
Tapak web | |
http://www.istananuruliman.org/ | |
Rujukan | |
pmo | |
sunting · sunting di Wikidata |
Istana Nurul Iman ialah tempat persemayaman rasmi bagi Sultan Brunei, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan kerusi kerajaan negara Brunei Darussalam. Istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei. Istana ini juga merupakan tempat persemayama diraja paling besar di dunia.[1]
Ciri-ciri kediaman
[sunting | sunting sumber]Istana ini mempunyai 1,788 bilik, 257 bilik bersiram serta sebuah dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang dan masjidnya sendiri yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa.[2] Di istana ini juga terdapat 110 buah garaj kereta bersaingan yang memuatkan lebih 3000 buah kereta, kandang kuda berhawa dingin yang menempatkan 200 ekor anak kuda polo milik Sultan serta 5 buah kolam renang. Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mempunyai ruang lantai sebesar 2,152,782 kaki persegi (200,000 m²).[3] Disebabkan saiz istana ini yang sangat besar, maka terdapat 564 lampu candelier, 51,000 mentol lampu, 44 tangga dan 18 lif di situ.[4]
Istana terbesar di dunia
[sunting | sunting sumber]Perbandingan istana-istana di dunia
[sunting | sunting sumber]No. | Istana | Negara | Keluasan lantai | |
---|---|---|---|---|
(kaki persegi) | (meter persegi) | |||
01 | Istana Nurul Iman[2] | Brunei | 2,152,782 | 200,000 |
02 | Kota Larangan[5] | Republik Rakyat China | 1,614,600 | 150,001 |
03 | Istana Diraja Madrid[6] | Sepanyol | 1,453,122 | 134,999 |
04 | Istana Buckingham[7] | United Kingdom | 828,818 | 77,000 |
05 | Istana Versailles[8] | Perancis | 721,206 | 67,002 |
06 | Istana Stockholm | Sweden | 658,858 | 61,210 |
07 | Istana Louvre[9] | Perancis | 652,298 | 60,600 |
08 | Istana Windsor[10] | United Kingdom | 484,374 | 45,000 |
09 | Istana Musim Sejuk | Rusia | 250,000 | 23,226 |
10 | Rashtrapati Bhavan | India | 200,000 | 18,581 |
11 | Palais des Papes | Perancis | 161,500 | 15,004 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Guinness World Records
- ^ a b Bartholomew, James. The Richest Man in the World, Penguin Books Ltd; New Ed edition (February 22, 1990). ISBN 0140108904, ISBN 978-0140108903
- ^ Id.
- ^ Id.
- ^ "Forbidden City, China Diarkibkan 2010-10-16 di Wayback Machine" (Bahasa Inggeris, 9 Feb. 2011)
- ^ "Laman rasmi Diarkibkan 2013-01-12 di Wayback Machine"(bahasa Sepanyol, 2011-02-09) dan Cyberspain"Palacio Real" (Bahasa Inggeris, 9 Feb. 2011
- ^ "British monarchy" (Bahasa Inggeris, 9 Feb. 2011)
- ^ "[1] Diarkibkan 2009-04-13 di Wayback Machine"
- ^ Kawasan semasa Louvre. "Paris Galleries: Musee du Louvre" (Bahasa Inggeris, 9 Feb. 2011)
- ^ Bahagian telah dimusnahkan oleh kebakaran pada tahun 1992 telah dikira berasaskan nilai dilaporkan bahawa satu perlima daripada seluruh istana."British monarchy" (Rujukan bahasa Inggeris).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Istana Nurul Iman |
- Laman sesawang kerajaan Brunei (Inggeris) (Melayu)