Pergi ke kandungan

Internet.org

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Internet.org ialah usahasama antara tujuh syarikat telekomunikasi yang dimeterai oleh rangkaian sosial Facebook.[1] Internet.org disokong oleh syarikat teknologi yang fokus pada industri peranti mudah alih, seperti Ericsson, MediaTek, Opera Software, Samsung, Nokia, dan Qualcomm. Facebook kembali membuat perubahan kontroversi pada perkhidmatan Internet.org dengan menukar namanya sebagai Free Basics. Facebook juga meminta vendor rangkaian dan pengendali selular untuk terus mengkempenkan program internet.org ini. Perubahan tersebut kerana banyaknya masukan-masukan dari pengguna kepada CEO Facebook, Mark Zuckerberg.

Zuckerberg, mengumumkan perubahan tersebut melalui laman Facebook peribadinya. Perubahan pertama, membuka platform Internet.org. Kedua, perbaikan sistem keselamatan dan privasi Internet.org. Ketiga, perubahan pada nama aplikasi.[2]

Platfrom terbuka Internet.org dimanfaatkan para pemaju untuk perkhidmatan yang bersifat tempatan. Internet.org merupakan kempen inisiatif Facebook dengan visi menjadikan masyrakat di dunia dihubungkan dengan sambungan internet.[3]

  1. ^ Media, Kompas Cyber (2015-05-04). "Lewat Internet.org, Siapapun Bisa Bikin Layanan "Gratis" - Kompas.com". KOMPAS.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-09-07.
  2. ^ Liputan6.com. "Internet.org Berubah Nama Jadi Free Basics". liputan6.com. Dicapai pada 2018-09-07.
  3. ^ "Internet.org, Kampanye Internet Murah ala Zuck". detikinet (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-09-07.