Pergi ke kandungan

Institut Seni Indonesia Surakarta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Institut Seni Indonesia Surakarta

Diasaskan 11 September 2006 (sebelumnya STSI Surakarta)
Jenis Kolej awam
Rektor Dr. Guntur, M.Hum.
Lokasi Surakarta
Laman web rasmi http://www.isi-ska.ac.id

Institut Seni Indonesia Surakarta ialah salah satu daripada tiga buah Institut Seni Indonesia, kolej-kolej awam yang mengkhususkan dalam bidang kesenian di Indonesia. Institusi ini telah lama wujud walaupun statusnya sebagai sebuah institut dengan bentuk terkini diperoleh sejak 11 September 2006. ISI Surakarta merupakan gabungan antara Lembaga Konservatori Surakarta yang selanjutnya menjadi Akademi Seni Kerawitan Indonesia (ASKI), dengan Akademi Seni Tari Indonesia (ASTI) yang diasaskan oleh Gendhon Hoemardhani. Penambahan kursus Seni Tampak dapat dilakukan selepas institusi ini menjadi Sekolah Tinggi Seni Indonesia Surakata (STSI Surakarta) pada tahun 1983. Rektornya (Pjs.) pada saat ini ialah Prof. Dr. Soetarno.


Logo lama Institut Seni Indonesia Surakarta.

Kursus-kursus yang ditawarkan oleh ISI Surakarta adalah seperti yang berikut:

  1. Kursus Seni Tari
  2. Kursus Seni Kerawitan
  3. Kursus Seni Tari dan Kerawitan (antarabangsa)
  4. Kursus Seni Permainan Boneka
  5. Kursus Seni Tampak
  6. Kursus Reka Bentuk Komunikasi Visual
  7. Kurusus Kajian Seni dan Penciptaan Seni (Pascasarjana).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]