Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia
Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia atau singkatannya NAHRIM ialah sebuah institut kerajaan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia yang menerajui dalam penyelidikan dan perundingan hidraulik dan persekitaran air.
NAHRIM menawarkan perkhidmatan perundingan kepakaran dalam semua bidang kejuruteraan hidrulik termasuk kejuruteraan sungai, kejuruteraan pantai/pelabuhan, pembangunan sumber air dan kualiti air dan alam sekitar.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]NAHRIM ditubuhkan pada bulan September 1995 di bawah Kementerian Pertanian Malaysia. Pada bulan April 2004, NAHRIM telah diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sehingga Disember 2023. Pada bulan Disember 2023, sebuah kementerian baharu iaitu Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air telah menempatkan institusi ini di bawah kementerian tersebut.