Pergi ke kandungan

Virus influenza A

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Influenzavirus A)

Virus influenza A
Mikrograf elektron bagi virus-virus Influenza A
Pengelasan virus
Group:
Kumpulan V ((−)ssRNA)
Alam:
Keluarga:
Genus:
Alphainfluenzavirus
Spesies:
Virus influenza A

Templat:H5N1 Influenzavirus A ialah sejenis virus dalam keluarga virus Orthomyxovirida dan satu-satunya spesis virus dalam genus Alphainfluenzavirus. Influenzavirus A mempunyai hanya satu spesies: Virus influenza A yang menyebabkan influenza di kalangan burung dan sesetengah mamalia. Semua subjenis virus influenza A telahpun diasingkan daripada burung-burung liar, walaupun penyakit bukan perkara biasa. Sesetengah asingan virus influenza A menyebabkan penyakit teruk di kalangan kedua-dua ternakan bela jinak dan jarang sekali manusia.[1] Kadangkala virus tersebar daripada burung akuatik liar ke ternakan bela jinak dan ini mungkin menyebabkan dan mencetuskan pandemik influenza manusia.[2][3]

Virus influenza A merupakan virus RNA bersegmen, bebenang tunggal, deria negatif. Terdapat beberapa subjenis, dilabel mengikut nombor H (untuk jenis hemagglutinin) dan nombor N (untuk jenis neuraminidase). Terdapat 16 antigen H berbeza (H1 hingga H16) dan 9 antigen N berbeza (N1 hingga N9). Jenis terbaru H (H16) diasingkan daripada Burung Camar Topeng Hitam yang ditangkap di Sweden an Belanda pada 1999 dan dilaporkan dalam kesusatseraan pada 2005.[4]

Setiap subjenis virus memutat kepada pelbagai strain dengan profil patogenik berbeza; sesetengah patogenik kepada satu spesies tetapi tidak yang lain, sesetengah patogenik kepada pelbagai spesies.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Avian influenza (" bird flu") - Fact sheet". WHO.
  2. ^ Klenk; dll. (2008). "Avian Influenza: Molecular Mechanisms of Pathogenesis and Host Range". Animal Viruses: Molecular Biology. Caister Academic Press. ISBN 978-1-904455-22-6. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan); Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)
  3. ^ Kawaoka Y (penyunting) (2006). Influenza Virology: Current Topics. Caister Academic Press. ISBN 978-1-904455-06-6.
  4. ^ CIDRAP - Center for Infectious Disease Research And Policy Diarkibkan 2010-01-06 di Wayback Machine Pandemic Influenza Overview

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
Punca rasmi
Maklumat umum
Berita

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Influenza