Identiti, Bendera dan jata Kuala Lumpur
Simbol Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merujuk kepada simbol atau lambang yang digunakan di WPKL bagi menunjukkan identitinya sebagai sebuah Wilayah Persekutuan.
Bendera
[sunting | sunting sumber]
Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah, warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Kota Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.
- 14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
- Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi.
- Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan Pentadbiran.
- Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
- Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.
- Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.
- Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.
Jata
[sunting | sunting sumber]- Cogan kata Bandaraya Kuala Lumpur, Maju dan Makmur ada pada jata ini.
- Bulan Sabit dan bintang bersudut tiga belas menyatakan kedudukan agama Islam di Malaysia
- Buku yang dengan kepingan hijau melambangkan Kuala Lumpur sebagai pusat pendidikan.
Lagu
[sunting | sunting sumber]Nota: Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya berkongsi Lagu yang sama.
![]() |
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Maju dan Sejahtera [1] | ||
---|---|---|
Bahasa Melayu [2][3] | Tulisan Jawi | Bahasa Inggeris |
Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah, [2][3] |
اينله ولايه بومي يڠ برتواه ممبارا سماڠت ستياڤ ورڬڽ برساتوله سايڠيله كيت جاڬ كهرمونيان سموا |
This is the Territory, the fortunate land The peoples' spirit is burning Let's unite, let's serve Let's keep the harmony together |
Peta
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Wilayah Persekutuan - Maju dan Sejahtera". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r skwmzr10. "Lagu Wilayah Persekutuan - Maju dan Sejahtera". skwmzr10.wordpress.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)