Pergi ke kandungan

IObit Malware Fighter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
IObit Malware Fighter
PembangunIObit
Pelancaran pertama2004; 20 tahun yang lalu (2004)[1]
Versi terkini/stabil7.3.0.5799[2] (15 Oktober 2019; 5 tahun yang lalu (2019-10-15)[2])
Sistem pengendalianMicrosoft Windows
Saiz39.2 MB[2]
Tersedia dalamArab, Belanda, Bulgaria, Cina (Mudah), Cina (Tradisional), Czech, Denmark, Finland, Flemish, Greek, Hungary, Ibrani, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Melayu, Norway, Perancis, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Romania, Rusia, Sepanyol, Serbia (Cyril), Serbia (Rumi), Slovak, Slovenia, Sweden, Turki, Ukraine dan Vietnam
Senarai bahasa
Arab, Belanda, Bulgaria, Cina (Mudah), Cina (Tradisional), Czech, Denmark, Finland, Flemish, Greek, Hungary, Ibrani, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Melayu, Norway, Perancis, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Romania, Rusia, Sepanyol, Serbia (Cyril), Serbia (Rumi), Slovak, Slovenia, Sweden, Turki, Ukraine dan Vietnam
JenisPerisian antivirus
GenreAnti-malware
LesenPerisian proprietari

Edisi percuma: Perisian percuma; pengguna persendirian sahaja

Edisi pro: Langganan Tahunan
Pautan berkaitan
Tapak webwww.iobit.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

IObit Malware Fighter merupakan perisian antivirus dan anti-malware yang diperkenalkan pada tahun 2004 oleh syarikat IObit untuk sistem pengendalian Microsoft Windows. Atur cara ini direka khas untuk menghapuskan perisian hasad, termasuk Trojan, kit akar, dan perisian tebusan.

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

IObit Malware Fighter boleh didapati dengan versi percuma serta boleh dipasangkan bersama dengan perisian antivirus pengguna yang sudah sedia ada. Produk ini mempunyai perlindungan antivirus pada versi berbayarnya. Bermula dari versi 6 yang dikeluarkan pada tahun 2018, enjin anti-malware produk ini telah disertakan bersama dengan enjin antivirus Bitdefender dalam versi komersilnya.[3] Antara ciri baharu dalam keluarannya yang terkini adalah antaramuka pengguna yang ditambah baik, ciri "Peti Keselamatan" untuk melindungi folder tertentu daripada akses yang tidak dibenarkan, "Pengawal MBR" yang melindungi daripada serangan berbahaya seperti GoldenEye/Petya dan skrip perlombongan mata wang kripto.[4]

Pengeluaran versi

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, versi beta yang pertama untuk IObit Malware Fighter 1.0 telah dikeluarkan kepada umum.[5]

Pada tahun 2013, IObit Malware Fighter 2 telah dikeluarkan. Dalam versi ini, IObit telah memperkenalkan komponen "keselamatan cloud" buat julung kalinya. Komponen ini membolehkan pengguna memuat naik fail ke cloud untuk menentukan sama ada fail itu berbahaya atau tidak.[6] Pada tahun 2015, versi 3 yang disertakan bersama dengan enjin antivirus BitDefender dalam edisi komersilnya telah dikeluarkan.[7][8]

Pada tahun 2017, versi 5 telah dikeluarkan. Antara ciri baharunya adalah komponen pencegah perisian tebusan (anti-ransomware).[9] Versi 6 telah dikeluarkan pada bulan Mei, 2018.[2]

Pada tahun 2019, versi 7 telah dikeluarkan. Dalam versi ini, ciri Perlindungan Pelayaran dan Penghapusan Iklan yang baharu telah dibina semula untuk menyekat lebih banyak serangan perlombongan matawang kripto, iklan yang menjengkelkan, serta tapak sesawang yang berbahaya. Keserasian dengan permainan Steam juga telah dipertingkatkan dalam versi ini. Selain itu, versi ini juga menyokong penyesuaian tema dan saiz fon untuk pengalaman yang terbaik bagi pengguna.[10]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Knell, Doug (2018). "Secret #9: Install malware and spyware tools as well to keep Big Brother at Bay". Computer Comprehensive Companion: Over 100 computer tips and Windows tricks your friends, family, and most hated enemies only wish they knew!. Innovasion. m/s. 40. ISBN 9786163821751 – melalui Google Books.
  2. ^ a b c d e "IObit Malware Fighter" (PDF). IObit.com. 2019-07-05. Dicapai pada Oktober 29, 2019.
  3. ^ Linas Kiguolis (Mei 14, 2018). "IObit Malware Fighter 6 Pro review, manual and guides". reviewedbypro.com. Dicapai pada Ogos 23, 2018.
  4. ^ Maria Baeta (Mei 11, 2018). "The new IObit Malware Fighter 6 is here: download it for free before everybody else". Softonic.com. Dicapai pada Ogos 23, 2018.
  5. ^ Martin Brinkmann (Disember 28, 2010). "IObit Malware Fighter, New Anti-Malware Software". Ghacks. Dicapai pada Ogos 23, 2018.
  6. ^ Ionut Ilascu (Mei 21, 2013). "IObit Malware Fighter 2 Stable Released". Softpedia. Dicapai pada Ogos 23, 2018. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  7. ^ Mike Williams (Januari 21, 2015). "IObit Malware Fighter 3 Free extends browsing protection". betanews.com. Dicapai pada Ogos 23, 2018. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  8. ^ Bogdan Popa (Mac 7, 2016). "IObit Malware Fighter 4.0 Final Brings Full Support for Windows 10". Softpedia. Dicapai pada Ogos 23, 2018. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  9. ^ Mike Williams (Mac 3, 2017). "IObit Malware Fighter 5 adds anti-ransomware engine, webcam protection". betanews.com. Dicapai pada Ogos 23, 2018. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  10. ^ Hasibul Kabir (Oktober 8, 2019). "IObit Malware Fighter 7 Performance & In-Depth Analysis". techclassy.com. Dicapai pada Oktober 28, 2019. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]