Mata wang kripto
Mata wang kripto (atau kriptowang) ialah aset digital yang direka untuk berfungsi sebagai medium pertukaran menggunakan kriptografi untuk menjamin transaksi dan mengawal penciptaan unit tambahan mata wang.[1] Mata wang kripto ialah subset mata wang alternatif, atau khusus untuk mata wang digital.
Bitcoin menjadi mata wang kripto ternyahpusat yang pertama pada tahun 2009.[2] Sejak itu, banyak mata wang kripto telah diwujudkan.[3] Ini kerap dikenali sebagai altcoins, sebagai gabungan alternatif Bitcoin.[4][5] Bitcoin dan terbitannya menggunakan kawalan ternyahpusat[6] berbanding dengan wang elektronik/sistem perbankan berpusat.[7] Kawalan ternyahpusat adalah berkaitan dengan penggunaan pangkalan data transaksi rantaian blok (blockchain) Bitcoin yang berperanan sebagai lejar teredar.[8]
Cryptocurrency ialah sistem pembayaran digital yang tidak bergantung pada bank untuk mengesahkan transaksi. Ia adalah sistem peer-to-peer yang boleh membolehkan sesiapa sahaja di mana-mana sahaja untuk menghantar dan menerima pembayaran. Daripada menjadi wang fizikal yang dibawa dan ditukar di dunia nyata, pembayaran mata wang kripto wujud semata-mata sebagai entri digital ke pangkalan data dalam talian yang menerangkan transaksi tertentu. Apabila anda memindahkan dana mata wang kripto, urus niaga direkodkan dalam lejar awam. Cryptocurrency disimpan dalam dompet digital.
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Menurut Jan Lansky, sesebuah sistem mata wang kripto itu dibentuk setelah memenuhi enam syarat:[9]
- Ketiadaan pihak berpusat, pengagihan berdasarkan persetujuan kepada bentuk yang ingin diagihkan [sic].
- Unit serta pemilikan mata wang diperhatikan
- Sistem menetapkan sama ada unit mata wang baru dapat dihasilkan. Sekiranya demikian, sistem tersebut mentakrifkan keadaan asal-usulnya serta menentukan pemilikan unit ini.
- Pemilikan unit mata wang dapat dibuktikan secara khususnya melalui kriptografi.
- Sistem membenarkan transaksi dilakukan di mana pemilikan unit berkriptografi ditukar. Pernyataan transaksi hanya boleh dikeluarkan sesebuah entiti setelahpemilikan unit tersebut dapat dibuktikan.
- Seandainya dua arahan berbeda untuk penukarmilikan unit kritogafik sama dimasukkan secara serentak, maka sistem akan bertindak ke atas salah satu darinya.
Kebanyakan mata wang kriptowang direka agar dikurangkan penghasilan mata wang itu dengan sendirinya lalu meneghadkan jumlah keseluruhan mata wang yang akan berada dalam peredaran.[10] Mata wang kripto lebih sukar disita berbanding mata wang biasa lain yang berada dalam simpanan institusi kewangan atau dipegang dengan sendirinya akibat tekonologi kriptografi yang bersifat menyokong mata wang sebegini.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1998, Wei Dai menerbitkan deskripsi "b-money", sebuah sistem tunai elektronik tersebar yang tidak dikenali.[11] Tidak lama kemudian, Nick Szabo mencipta "Bit Gold".[12] Seperti bitcoin dan kriptografi lain yang akan mengikutinya, Bit Gold adalah sistem mata wang elektronik yang memerlukan pengguna untuk menyelesaikan bukti fungsi kerja dengan penyelesaian yang disusun secara kriptografi dan diterbitkan. Sistem mata wang berdasarkan bukti kerja yang boleh digunakan kemudian dibuat oleh Hal Finney yang mengikuti kerja Dai dan Szabo.
Mata wang kripto ternyahpusat pertama, bitcoin, dicipta pada tahun 2009 menggunakan nama samaran oleh penulis perisian Satoshi Nakamoto. Ia menggunakan kriptografi fungsi cincang SHA-256, sebagai skim bukti-kerjanya.[13] Pada April 2011, Namecoin telah dicipta sebagai percubaan untuk membentuk DNS yang ternyahpusat, yang akan menjadikan penapisan internet sangat sukar. Tidak lama selepas itu, pada bulan Oktober 2011, Litecoin dibebaskan. Ia merupakan mata wang kripto yang pertama yang berjaya menggunakan scrypt sebagai fungsi cincang dan bukannya SHA-256. Satu lagi mata wang kripto yang terkenal, Peercoin adalah yang pertama menggunakan bukti kerja hibrid / bukti-kepentingan.[14] IOTA merupakan mata wang kripto yang pertama yang tidak berdasarkan rantaian blok, dan sebaliknya menggunakan Tangle.[15][16] Banyak lagi mata wang kripto lain telah dicipta sungguhpun hanya sedikit yang berjaya, kerana mereka menyumbang hanya sedikit dalam cara inovasi teknikal.[17] Pada 6 Ogos 2014, UK mengumumkan Perbendaharaannya telah ditugaskan untuk melakukan kajian mengenai mata wang kripto, dan apakah peranannya, jika ada, ia boleh berfungsi dalam ekonomi UK. Kajian ini juga turut melaporkan sama ada kawalan perlu dipertimbangkan.[18]
Publisiti
[sunting | sunting sumber]Perwakilan Bank Pusat telah menyatakan bahawa penerapan kriptografi seperti bitcoin menimbulkan cabaran penting bagi kemampuan bank pusat untuk mempengaruhi harga kredit untuk seluruh ekonomi.[19] Mereka turut menyatakan bahawa ketika perdagangan menggunakan mata wang kripto menjadi lebih popular, pasti ada kehilangan keyakinan pengguna pada mata wang fiat.[20] Gareth Murphy, pegawai kanan perbankan pusat menyatakan "penggunaan secara meluas [mata wang kripto] juga akan menjadikan lebih sukar bagi agensi statistik untuk mengumpulkan data mengenai aktiviti ekonomi, yang digunakan oleh kerajaan untuk memacu ekonomi". Beliau memberi amaran bahawa mata wang maya menimbulkan cabaran baru kepada kawalan bank pusat terhadap fungsi penting dasar kewangan dan polisi kadar pertukaran..[21]
Jordan Kelley, pengasas Robocoin, melancarkan ATM bitcoin pertama di Amerika Syarikat pada 20 Februari 2014. Kios yang dipasang di Austin, Texas adalah serupa dengan ATM bank tetapi mempunyai pengimbas untuk membaca identifikasi yang dikeluarkan kerajaan seperti lesen memandu atau pasport untuk mengesahkan identiti pengguna.[22] Menjelang Mei 2017 1,189 ATM bitcoin telah dipasang di seluruh dunia dengan bayaran purata sebanyak 8.82%. Purata 3 ATM bitcoin dipasang setiap hari pada bulan Mei 2017.[23]
Yayasan Dogecoin , sebuah organisasi amal yang berpusat di sekitar Dogecoin dan diasaskan oleh pencipta bersama Dogecoin, Jackson Palmer, mendermakan lebih dari $30,000 nilai Dogecoin untuk membiayai lawatan pasukan bobsled Jamaica ke Sukan Olimpik 2014 di Sochi, Rusia.[24] Komuniti yang semakin berkembang di sekitar Dogecoin sedang berusaha untuk mengukuhkan kesahihan usaha amalnya dengan mengumpul dana untuk menaja anjing terlatih bagi kanak-kanak dengan keperluan khas.[25]
Kesahihannya
[sunting | sunting sumber]Status undang-undang bagi mata wang kriptografi berbeza-beza dari negara ke negara dan masih belum jelas atau berubah di kebanyakan mereka. Sungguhpun sesetengah negara secara jelas membenarkan penggunaan dan perdagangan mereka, negara yang lain telah mengharamkan atau menyekatnya. Begitu juga, pelbagai agensi kerajaan, jabatan, dan mahkamah telah mengklasifikasikan bitcoin secara berbeza. Bank Pusat China telah mengharamkan pengendalian bitcoin oleh institusi kewangan di China semasa tempoh penerimaan pakainya yang sangat cepat pada awal tahun 2014.[26] Di Rusia, sungguhpun kriptografi adalah sah, adalah haram untuk benar-benar membeli barangan dengan mata wang lain selain ruble Rusia.[27]
Pada 25 Mac 2014, Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat (IRS) memutuskan bahawa bitcoin akan dianggap sebagai harta untuk tujuan cukai bukannya sebagai mata wang. Ini bermakna bitcoin akan tertakluk kepada cukai keuntungan modal. Satu daripada manfaat keputusan ini ialah ia menjelaskan kesahihan bitcoin. Pelabur tidak lagi perlu bimbang bahawa pelaburan atau keuntungan yang didapati dari bitcoin adalah haram atau bagaimana cara melaporkannya kepada IRS.[28] Dalam makalah yang diterbitkan oleh penyelidik dari Oxford dan Warwick, menunjukkan bahawa bitcoin mempunyai beberapa ciri yang mirip dengan pasaran logam berharga berbanding dengan mata wang tradisional, dengan itu dalam persetujuan dengan keputusan IRS sungguhpun berdasarkan alasan yang berbeza.[29]
Isu-isu undang-undang yang tidak berurusan dengan kerajaan juga timbul bagi mata wang kripto. Sebagai contoh, Coinye adalah altcoin yang menggunakan rapper Kanye West sebagai logonya tanpa kebenaran. Apabila mendengar mengenai penerbitan Coinye, yang pada awalnya dipanggil Coinye West, peguam bagi Kanye West menghantar surat tuntutan berhenti (" cease and desist") kepada pengendali email Coinye, David P. McEnery Jr. Surat itu menyatakan bahawa Coinye merupakan pelanggaran cap dagang yang sengaja, persaingan tidak adil, lanunsiber, dan pencairan dan mengarahkan Coinye untuk berhenti menggunakan kesamaan dan nama Kanye West.[30]
Kenapa Mata Wang Kripto Penting?
[sunting | sunting sumber]Mata wang kripto mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya penting dalam dunia kewangan:
- Desentralisasi: Mata wang kripto tidak dikawal oleh entiti pusat seperti bank pusat atau kerajaan. Ini membolehkan individu mempunyai lebih banyak kawalan terhadap wang mereka.
- Transaksi Pantas: Transaksi menggunakan mata wang kripto adalah pantas dan boleh dilakukan secara segera, berbeza dengan bank konvensional yang mungkin mengambil masa hari untuk pemprosesan.
- Keselamatan: Teknologi blockchain menyediakan lapisan keselamatan tambahan, menjadikannya sukar untuk dicuri atau dimanipulasi.
- Peluang Pelaburan: Pelabur dapat memanfaatkan pertumbuhan mata wang kripto yang pesat untuk memperoleh pulangan yang tinggi.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Andy Greenberg (20 April 2011). "Crypto Currency". Forbes.com. Dicapai pada 8 August 2014.
- ^ Sagona-Stophel, Katherine. "Bitcoin 101 white paper" (PDF). Thomson Reuters. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-08-13. Dicapai pada 11 July 2016.
- ^ Tasca, Paolo (7 September 2015). "Digital Currencies: Principles, Trends, Opportunities, and Risks". SSRN 2657598. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ "Altcoin". Investopedia. Dicapai pada 8 January 2015.
- ^ Wilmoth, Josiah. "What is an Altcoin?". cryptocoinsnews.com. Dicapai pada 4 March 2015.
- ^ McDonnell, Patrick "PK" (9 September 2015). "What Is The Difference Between Bitcoin, Forex, and Gold". NewsBTC. Dicapai pada 15 September 2015.
- ^ Allison, Ian (8 September 2015). "If Banks Want Benefits Of Blockchains, They Must Go Permissionless". NewsBTC. Dicapai pada 15 September 2015.
- ^ "All you need to know about Bitcoin". timesofindia-economictimes.
- ^ Lansky, Jan (January 2018). "Possible State Approaches to Cryptocurrencies". Journal of Systems Integration. 9/1: 19–31. doi:10.20470/jsi.v9i1.335 (Tidak aktif 2018-02-13).CS1 maint: DOI inactive as of Februari 2018 (link)
- ^ "How Cryptocurrencies Could Upend Banks' Monetary Role". Diarkibkan 27 September 2013 di Wayback Machine, American Banker. 26 May 2013
- ^ Wei Dai (1998). "B-Money".
- ^ "Bitcoin: The Cryptoanarchists' Answer to Cash". IEEE Spectrum.
Around the same time, Nick Szabo, a computer scientist who now blogs about law and the history of money, was one of the first to imagine a new digital currency from the ground up. Although many consider his scheme, which he calls “bit gold,” to be a precursor to Bitcoin
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaprimer
- ^ Wary of Bitcoin? A guide to some other cryptocurrencies, ars technica, 26-05-2013
- ^ Popov, Serguei (2016). "The Tangle Whitepaper" (PDF).
- ^ Sønstebø, David (2016). "IOTA First Chapter Synopsis".
- ^ "Are Any Altcoins Currently Useful? No, Says Monero Developer Riccardo Spagni". Bitcoin Magazines. Dicapai pada 31 May 2016.
- ^ "UK launches initiative to explore potential of virtual currencies". The UK News. Dicapai pada 8 August 2014. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Central Banks Face 3 New Dilemmas in the Era of Bitcoin and Digital Currencies". Bitcoin Magazine. Dicapai pada 31 May 2016.
- ^ "How Bitcoin Compares to Fiat Currency's House of Cards". Bitcoin Magazine. Dicapai pada 31 May 2016.
- ^ decentralized currencies impact on central banks, rte News, 3 April 2014
- ^ First U.S. Bitcoin ATMs to open soon in Seattle, Austin Diarkibkan 2015-10-19 di Wayback Machine, Reuters, 18 February 2014
- ^ https://coinatmradar.com/charts/
- ^ Dogecoin Users Raise $30,000 to Send Jamaican Bobsled Team to Winter Olympics, Digital Trends, 20 January 2014
- ^ Dogecoin Community Raising $30,000 for Children's Charity, International Business Times, 4 February 2014
- ^ "The Big Picture Behind the News of China's Bitcoin Bans – Bitcoin Magazine". Bitcoin Magazine. Dicapai pada 24 February 2015.
- ^ Bitcoin's Legality Around The World, Forbes, 31 January 2014
- ^ 3 Reasons The IRS Bitcoin Ruling Is Good For Bitcoin, Nasdaq, 24 March 2014
- ^ On the Complexity and Behaviour of Cryptocurrencies Compared to Other Markets, 7 November 2014
- ^ Infringement of Kayne West Mark and Other Violations, Pryor Cashman LLP, 6 January 2014
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "gbl3" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
<ref>
dengan nama "gbl2" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Chayka, Kyle (2 July 2013). "What Comes After Bitcoin?". Pacific Standard. Dicapai pada 18 January 2014.
- Guadamuz, Andres; Marsden, Chris (2015). "Blockchains and Bitcoin: Regulatory responses to cryptocurrencies". First Monday. 20 (12). doi:10.5210/fm.v20i12.6198.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Kategori berkenaan Mata wang kripto di Wikimedia Commons