Hyundai Department Store Group
Hyundai Department Store Group (Hangul: 현대백화점그룹) mengendalikan rantaian beli-belah Hyundai Department Store di Korea Selatan. Selain itu, syarikat ini juga mengendalikan sejumlah perniagaan industri perkhidmatan.[1] Anak syarikat kumpulan ini antara lain ialah Hyundai Home Shopping dan Hotel Hyundai.
Pesaing terbesarnya ialah Lotte Department Store, Shinsegae, Hanhwa Galleria, AK Plaza (Hangul: AK플라자, dahulu dikenali sebagai Aekyung Department Store), dan Debec, sebuah gedung beli-belah di Daegu.
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1971 sebagai KeumKang Development Industrial Co., Ltd.. Syarikat ini membuka gerai pertamanya di Ulsan pada tahun 1977. Rantaian utamanya, yang terletak di kawasan Apgujeong, Seoul, dibuka pada tahun 1985.
Hyundai Department Store Group juga memiliki tujuh kedai lain di kawasan metropolitan Seoul, iaitu di COEX (World Trade Center Seoul) di Stesen Samseong, Mokdong di kondominium pencakar langit Hyundai Hyperion, Sinchon, Mia, Cheonho di Gangdong-gu, Bucheon, dan di Kintex Exhibition Center.
Syarikat ini juga memiliki kedai di Busan, Daegu, Ulsan, Cheongju, dan sebuah kedai kecil di Gasan-dong, Seoul.
Ahli kumpulan
[sunting | sunting sumber]- Hyundai Ethics
- Hyundai Home Shopping
- Hyundai H&S Holdings
- Hyundai Business Holdings
- Hyundai Dream Tour
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Hyundai Department Store enters the outlet market". Korea Biz Wire. 3 Mei 2014. Dicapai pada 12 Jun 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Hyundai Department Store Group Diarkibkan 2020-06-10 di Wayback Machine