Ulsan
Penampilan
Bandaraya Metropolitan Ulsan بندراي ميتروڤوليتن اولسن | |
---|---|
Transkripsi bahasa Korea | |
Nama Hangul | 울산광역시 |
Nama Hanja | 蔚山廣域市 |
Nama Perumian Semakan | Ulsan gwang-yeoksi |
Nama McCune-Reischauer | Ulsan gwang-yŏksi |
Nama lain | Ulsan |
Maklumat pentadbiran | |
Negara | Korea Selatan |
Subpembahagian | 5 daerah, 1 kaunti |
Datuk bandar | Park Maeng-woo |
Maklumat am | |
Luas | 1,057.136 km2 (408.162 bt persegi) |
Populasi (2012) | 1,166,503[1] (ke-7) |
Kepadatan | 1,040/km2 |
Koordinat | 35°33′N 129°19′E / 35.550°N 129.317°EKoordinat: 35°33′N 129°19′E / 35.550°N 129.317°E |
Loghat | Gyeongsang |
Simbol | |
Bunga | Bunga pir |
Pokok | Ginkgo |
Burung | Pucung putih |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Ulsan atau nama rasminya Bandaraya Metropolitan Ulsan merupakan metropolis ke-7 terbesar di Korea Selatan dengan populasi seramai 1.1 juta orang. Ia terletak di tenggara negara serta berjiran dengan Busan di selatan dan Gyeongju di utara.
Ulsan adalah pusat perindustrian utama di Korea Selatan. Ia berada di tengah-tengah Daerah Perindustrian Ulsan yang menempatkan kilang pemasangan automobil terbesar dunia yang dikendalikan oleh Hyundai Motor Company, limbungan terbesar dunia yang diuruskan oleh Hyundai Heavy Industries dan kilang penapisan minyak yang dimiliki oleh SK Energy. Pada tahun 2008, Ulsan mempunyai KDNK per kapita sebanyak $63,817, iaitu yang tertinggi dalam negara.
Bandar kembar
[sunting | sunting sumber]- Hagi, Jepun (1968)
- Hualien, Taiwan (1981)
- Portland, Amerika Syarikat (1987)
- Changchun, China (1994)
- İzmir, Turki (2002)
- Santos, Brazil (2002)
- Khanh Hoa, Vietnam (2002)
- Tomsk, Rusia (2003)
- Kumamoto, Jepun (2010)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ulsan |
- Laman sesawang rasmi (Inggeris) (Korea) (Jepun) (Cina)