Hutan Simpan Bukit Kukusan
Hutan Simpan Bukit Kukusan merupakan salah satu hutran simpan yang terdapat di Tawau, Sabah. Hutan Simpan ini telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan semulajadi bersama-sama Bukit Gemuk pada tahun 1930 ketika zaman pemerintahan kerajaan British lagi. Sehingga kini ia masih lagi menjadi kawasan hutan simpan yang dilindungi sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Malaysia. Hutan Simpan Bukit Kukusan adalah dikategorikan sebagai hutan simpan Kelas Satu. Dahulunya hutan ini dihuni oleh berbagai haiwan liar seperti ratusan monyet, beruk, tenggiling, landak, rusa, kucing hutan, babi hutan dan juga ribuan burung-burung hutan termasuk habitat kepada burung Enggang atau Kenyalang.
Mercu tanda terindah
[sunting | sunting sumber]Jika dahulu Bukit Kukusan ini menjadi mercu tanda untuk rakyat Tawau. Boleh dilihat dari jauh kehijauan Bukit Kukusan yang begitu cantik memukau pandangan sama ada dari udara ketika mengunjungi datang ke Tawau melalui pengangkutan udara. Sesiapa juga yang berada di Tawau juga dapat melihat kehijauan Bukit Kukusan ini dengan jelas kerana keunikannya.
Kedudukan bukit tunggal ini yang berdekatan laut dan boleh dilihat dari mana-mana jua ketika berada di Tawau dan menjadikan fenomena ini sangat menarik untuk dilihat. Selain itu Bukit Kukusan ini juga boleh dikunjungi dan dinaiki hingga ke puncaknya. Sesiapa yang berjaya naik hingga ke puncaknya pasti dapat melihat pemandangan yang indah keseluruhan bandar Tawau serta pemandangan kampung-kampung di Tawau. Dari tepi laut hingga ke kawasan hutan dan bukit-bukau dan gunung-ganang jauh di pedalaman semuanya dapat dilihat dari Bukit Kukusan ini. Seharusnya Bukit Kukusan ini dijadikan sebagai pusat peranginan dan kawasan pelancongan sejak dahulu lagi. Kini, hutan simpan Bukit Kukusan ini telah memberikan satu fenomena yang baru selain memberikan satu pemandangan yang cantik pada waktu malam kerana di lereng lereng bukit ini adanya sebuah kawasan perumahan yang tertinggi di Malaysia.[perlu rujukan] Malahan di Bukit Kukusan ini juga terdapat sebuah kuari yang tertinggi di Malaysia.[perlu rujukan]