Pergi ke kandungan

Hurikan Alex (2010)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hurikan Alex
Hurikan kategori 2 (SSHWS/NWS)
Alex mencapai kekuatan Kategori 1
Terbentuk25 Jun 2010
Reda2 Julai 2010
Angin terkuat1 minit berterusan: 105 bpj (165 km/j)
Tekanan terendah947 mbar (hPa); 27.96 inHg
Kematian24 langsung, 4 tak langsung
Kerosakan$375 juta (2010 USD)
Kawasan terjejasJamaika, Republik Dominika, Haiti, Honduras, Semenanjung Yucatan, utara Mexico, Texas Selatan
Sebahagian daripada Musim hurikan Atlantik 2010

Hurikan Alex (2010) adalah siklon tropika yang pertama melanda Atlantik pada tahun 2010. Ribut ini terbentuk dari gelombang tropika pada 25 Jun, perlahan-lahan membesar di Laut Caribbean. Ia bergerak dari Afrika menuju ke Lautan Atlantik pada 12 Jun 2010. Pada 20 Jun 2010, ia melintasi Kepulauan Windward dan ke tenggara Laut Caribbean. Seterusnya pada 21 Jun bergerak Puerto Rico, Hispaniola, Jamaika, dan timur Cuba. Pada 25 Jun amaran dikeluarkan di pantai Quintana Roo di Mexico (Semenanjung Yucatan). Seterusnya amaran di Belize. Pada 25 Jun, kerajaan Honduras mengeluarkan amaran ribut tropika di pulau Roatan, Guanaja dan Utila. Pada 28 Jun 2010, Taufan Alex membadai pantai Texas, selatan Teluk Baffin dan Port O'Conner. Gabenor Texas mengumumkan bencana di 19 buah daerah.

Pada awal 30 Jun, ribut ini mencapai kekuatan hurikan ketika ia menghampiri timur laut Mexico. Alex juga merupakan hurikan yang terbentuk pada bulan Jun yang pertama di lembangan Atlantik sejak tahun 1995 iaitu Hurikan Allison pada 1995. Ribut ini bertambah kekuatan dengan cepat apabila berada berhampiran Tamaulipas, dan bertemu daratan berhampiran Soto la Marina sebagai hurikan Kategori 2.

Alex setakat ini telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 28 orang dalam laluannya.

Teluk Mexico

[sunting | sunting sumber]

Badai ini turut memberi kesan kepada operasi membersihkan tumpahan minyak Deepwater Horizon. Syarikat BP menunda seminggu usaha-usaha menangani kebocoran.[1]

  1. ^ Could Hurricane Alex Affect BP Oil Spill? Newsquench.com, dicapai 28 Jun 2010.