Hospital Sungai Buloh
Hospital Sungai Buloh | |
---|---|
Geografi | |
Lokasi | Jalan Hospital, 47000, Sungai Buloh, Selangor, Malaysia |
Koordinat | 3°13′11″N 101°35′58″E / 3.21972°N 101.59944°EKoordinat: 3°13′11″N 101°35′58″E / 3.21972°N 101.59944°E |
Organisasi | |
Pembiayaan | Awam |
Gabungan universiti | Management and Science Universiti Universiti Teknologi MARA Universiti Taylor's |
Perkhidmatan | |
Jabatan kecemasan | Ya |
Katil | 620[1] |
Sejarah | |
Diasaskan | 1999[1] |
Pautan | |
Laman sesawang | hsgbuloh |
Hospital Sungai Buloh ialah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Terletak kira-kira 25 km daripada Bandaraya Kuala Lumpur di Mukim Batu, Daerah Gombak, Daerah Kuala Selangor, terletak bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara.
Pada tahun 1999, projek pembangunan Hospital Sungai Buloh baharu ini (seluas 130 ekar) telah diumumkan bagi menampung keperluan populasi yang kian meningkat dan sesak di kawasan ini dan juga mengurangkan beban pesakit Hospital Kuala Lumpur.
Kawasan liputan perkhidmatan hospital ini adalah daerah Gombak, daerah Petaling dan Daerah Kuala Selangor[2]. Hospital Sungai Buloh ialah Pusat Rujukan Penyakit Berjangkit Kebangsaan yang merupakan hospital pakar kepada penyakit berjangkit.[3]
Pusat kecemerlangan
[sunting | sunting sumber]Hospital Sungai Buloh telah dikenal pasti sebagai pusat kecemerlangan bagi 6 kategori iaitu penyakit berjangkit, kecemasan dan trauma, pembedahan neuro, pembedahan Maxillo-Fasial, pembedahan plastik dan rawatan kebakaran, serta ortopedik dan traumatologi.[4]
Sumbangan
[sunting | sunting sumber]Pandemik COVID-19
[sunting | sunting sumber]Hospital Sungai Buloh telah menjadi pusat penempatan terawal di Malaysia bagi pesakit COVID-19. Mangsa terawal adalah tiga orang warganegara China berasal dari Wuhan yang memasuki Malaysia melalui Johor Bahru. yang didapati positif koronavirus ditempatkan ke Hospital Sungai Buloh walaupun mereka memasuki negara ini melalui Johor Bharu.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Hospital Sungai Buloh – Government Hospital in Sungai Buloh, Selangor". Malaysia Central. Dicapai pada 31 Mei 2016.
- ^ Latar Belakang Laman Sesawang Hospital Sungai Buloh
- ^ a b Nurul Huda Husain, Koronavirus: Hospital Sungai Buloh pakar penyakit berjangkit Sinar Harian
- ^ Nurul Fareha binti Ahmad Khairon (2015). Kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan kaunter di Unit Hasil Utama, Hospital Sungai Buloh. Kuala Lumpur: University of Malaya. m/s. 8.