Pergi ke kandungan

Holochlamys

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Holochlamys
Holochlamys beccarii
gambaran 1908[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Subkeluarga: Monsteroideae
Tribus: Spathiphylleae
Genus: Holochlamys
Engl.
Spesies:
H. beccarii
Nama binomial
Holochlamys beccarii
(Engl.) Engl.
Sinonim[2]
  • Spathiphyllum beccarii Engl.
  • Holochlamys guineensis Engl. & K.Krause
  • Holochlamys elliptica Alderw.
  • Holochlamys ornata Alderw.
  • Holochlamys montana Gilli

Holochlamys ialah genus tumbuhan berbunga monotip dalam keluarga Araceae. Holochlamys beccarii ialah satu-satunya spesies dalam genus Holochlamys. Ia tempatan dari New Guinea dan Kepulauan Bismarck[2] dan dijumpai tumbuh di lumpur berdekatan alur pamah dan dasar sungai berbatu pada ketinggian yang tinggi.

Spesies ini sebahagian besarnya reofitik dan berkait rapat dengan genus Spathiphyllum. Holochlamys sangat menyamai Spathiphyllum, kecuali pada Holochamys, seludangnya mendakap tongkol. Selain itu, perbungaannya reput dengan cepat selepas berbunga yang mana tidak ditemukan pada Spathiphyllum. Perbungaannya muncul di bawah dedaun dan ada seludang dan tongkol putih. Tongkolnya cenderung berkepanjangan hampir sama dengan seludang dan mengeluarkan buah berkulit. Yang terkandung dalam buahnya pula adalah benih yang sangat kecil. Daunnya sangat berubah-ubah dalam ukuran, namun ia cenderung bujur atau sama ada lanseolat.[3][4][5]

  1. ^ Adolf Engler (d. 1930) - "Das Pflanzenreich" heft 37 (1908)
  2. ^ a b Kew World Checklist of Selected Plant Families
  3. ^ Govaerts, R. & Frodin, D.G. (2002). World Checklist and Bibliography of Araceae (and Acoraceae): 1-560. The Board of Trustees of the Royal Botanic Gardens, Kew.
  4. ^ Takeuchi, W. (2005). Floristic notes from a holocene successional environment in Papuasia. Harvard Papers in Botany 10: 95-116.
  5. ^ Bown, Deni (2000). Aroids: Plants of the Arum Family [ILLUSTRATED]. Timber Press. ISBN 0-88192-485-7