Hatta Dolmat
Hatta Dolmat | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Hatta bin Dolmat 19 Disember 1982 |
Warganegara | Malaysia |
Pendidikan | UiTM Seri Iskandar, Perak UiTM Shah Alam, Selangor |
Pekerjaan | Pereka fesyen |
Laman web rasmi | hattadolmatdesign |
Muhammad Hatta Dolmat atau dikenali sebagai Hatta Dolmat (lahir 19 Disember 1982) ialah salah seorang pereka fesyen di Malaysia. Beliau telah melakar sejarah sebagai pereka fesyen lestari pertama dengan koleksi lestari di Malaysia dan tercatat dalam Malaysia Book Of Records[1] sebagai pereka fesyen Malaysia pertama yang merevolusikan penghasilan pakaian berkonsep pelestarian alam sekitar.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Hatta Dolmat dilahirkan pada 19 Disember 1982 di Melaka. Meskipun dilahirkan di Melaka, Hatta dibesarkan di Bandar Baru Bangi, Selangor[2]. Hatta memulakan jalan pendidikannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Baru Bangi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam Diploma Fesyen di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak pada 2000-2003, dan seterusnya menyambung pengajian Sarjana Muda Seni Reka Fesyen di UiTM Shah Alam, Selangor pada 2003-2005.
Aktivisme
[sunting | sunting sumber]Hatta terlibat aktif menyertai program Selamatkan Hutan Kita kendalian badan bukan kerajaan, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka)[3].
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- 2003 - Pemenang Anugerah Pereka Muda (daripada One Utama dan Jaya Jusco)
- 2005 - Pemenang Anugerah Piala Jarum Berlian (daripada Utusan Malaysia)
- 2005 - Pemenang Trofi Pesona Pengantin (daripada Kumpulan Karangkraf)
- 2006 - Anugerah Pakaian Terbaik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
- 2006 - Terpilih sebagai salah seorang pereka fesyen untuk menunjukkan rekaan dalam Anugerah Era
- 2007 - Tempat Ketiga dalam program Project Runway Malaysia
- 2007 - Pemenang Anugerah Ethnic Chic Design Award, anjuran Persatuan Fesyen Singapura
- 2007 - Penerima Anugerah Pereka Fesyen Paling Popular ABPBH
- 2008 - Penerima Anugerah Pereka Fesyen Paling Popular ABPBH
- 2008 - Tersenarai dalam Sepuluh Bintang Meningkat Naik dalam Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia, oleh Perikatan Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFA)
- 2009 - Anugerah Anak Warisan Tokoh Belia
- 2009- Cosmopolitan Awards Young Designer Awards
- 2010 - Penerima Anugerah Pereka Fesyen Paling Popular ABPBH
- 2010 - Pereka Terbaik Tahun Ini, oleh Persatuan Pereka Bumiputera (BWD).
- 2011 - Pereka Terbaik Tahun Ini, oleh Universo De' Commercio Business Awards
- 2012- Pereka Fesyen Paling Popular Abpbh Berita Harian - Untuk baju rekaan Erra Fazira
- 2015: Kolaberasi SKII X Hatta Dolmat 2015 Couture Collection
- 2015- Kolaberasi SKII X Hatta Dolmat 2015 Bridal Show
- 2015 -Kolaberasi FUJIFILM X Hatta Dolmat
- 2016- Kolaberasi HATTAXYUNA rtw collection with international singer songwriter YUNA
- 2017 - Anugerah Ikon Industri Kreatif oleh UiTM.
- 2018 - Kolaborasi TOP X Hatta Dolmat
- 2020 - Kerjamasa strategik antara SW Corp dan Hatta Dolmat
- 2020 - Menubuhkan KL Young Designers Association
- 2020 - Pengiktirafan 'Sustainable Fashion Designer Champion' daripada Malaysian Green Technology Corporation
- 2020 - Penganugerahan sebagai salah seorang penerima gelaran 'Succesful People in Malaysia' oleh British Publishing House
- 2021 - Penganugerahan sebagai penerima Anugerah 'Malaysia 1st Fashion Designer with the Sustainable Collection' oleh Malaysia Book of Records (MBOR)
- 2021 - Penganugerahan sebagai 'Sustainable Fashion Champion' oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air
- 2021 - Penganjuran KL Young Designer Award (KLYDA)
- 2021- Shop My Airport X Hatta Dolmat First Fashion Show at the Airport Runway KLIA
- 2024- IKON KELESTARIAN FSPPP 2024 FAKULTI SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI UNIVERSITI TEKNOLIGI MARA UITM
- 2024- IKON ALUMNI SDG UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Zubaidah Ibrahim (24 November 2020). "Fabrik botol plastik". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-24. Dicapai pada 13 Februari 2021.
- ^ Budiey (13 Januari 2007). "Mengenali Pereka Fesyen Terkenal Bernama Hatta Dolmat, Di Sini Bermulanya". Budiey.Com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-26. Dicapai pada 13 Februari 2021.
- ^ Izyan Liyana (25 Oktober 2020). "Kesal Sikap Individu Tidak Beradab Di Dalam Hutan- Hatta Dolmat". Sinar Plus. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-13. Dicapai pada 13 Februari 2021.
Rencana biografi berkaitan orang Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |