Pergi ke kandungan

Hati Yang Dikhianati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hati Yang Dikhianati
Genre
Berdasarkan daripada
Diadaptasi dari telenovela popular Venezuela , Mis Tres Hermanas terbitan RCTV, 2000
Ditulis olehEenaz Mokhtar
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanVida - Isyariana ft Dean Eiman
Janjiku - Kaka Azraff
Lagu penutupVida - Isyariana ft Dean Eiman
Janjiku - Kaka Azraff
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod146
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Adila Dato' Ramly
Zetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDato Zaiton Mohd Jiwa
LokasiLembah Klang, Selangor
Melaka
Perlis
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima (Slot Tiara)
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal12 April 2021 – 18 Mac 2022
Kronologi
MengikutiAngkara Cinta
Cinta Ramadan
Diikuti olehDerita Untuk Bahagia
Dendam Seorang Isteri

Hati Yang Dikhianati ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2021, yang diarahkan oleh Riza Baharudin dan Bade Hj. Azmi dan bersama oleh Khalid Nadzri serta MP Roslin Md Sharif. Siri drama ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Hati Yang Dikhianati dibintangi oleh Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Syamim Farid dan ramai lagi. Siri ini diadaptasi dari telenovela popular Venezuela iaitu Mis Tres Hermanas atau lebih dikenali sebagai My 3 Sisters (2000) terbitan RCTV. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Prima bermula 12 April 2021 bagi menggantikan Angkara Cinta dan ditayangkan kembali dengan kesinambungan episod 41 mulai 22 Oktober 2021 bagi menggantikan Cinta Ramadan.[1]

Setelah pemergian ibu bapanya, Iskandar (Zamarul Hisham) mengambil keputusan untuk berhenti persekolahannya dan terus bekerja demi membesarkan tiga adik perempuannya. 15 tahun berlalu selepas peninggalan ibu bapanya, Iskandar kini berkahwin dengan Maria (Mona Allen) dan tinggal bersama dua orang adiknya iaitu Lisa (Isyariana) yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital komuniti serta adik bongsunya, Baby (Arena Lieya) yang masih belajar.

Segalanya berubah apabila Lisa menyerang tapak pembinaan di sebelah hospitalnya dan berdepan dengan Zuhri Elyas (Amar Baharin) yang merupakan ketua projek pembinaan tersebut. Pertemuan mereka secara perlahan membuahkan rasa kasih namun tanpa pengetahuan Lisa, Zuhri Elyas sebenarnya sudahpun bertunang dengan kekasihnya,Tyra (Syamim Farid). Dalam masa yang sama dia juga berselingkuh dengan Maria, kakak ipar kepada Lisa sendiri. Maria pula semakin tertekan ditambah dengan kehadiran adik iparnya Syaz (Mia Nasir) dan suaminya Imran (Shah Iskandar) yang terpaksa berpindah ke rumah Iskandar kerana kehilangan kerja. Perlahan-lahan perjalanan cinta Lisa dan Elyas ditempuh ranjau.

Konflik mula berlaku apabila Lisa mengetahui Elyas pernah mempunyai hubungan sulit dengan kakak iparnya, Maria sebelum ini. Lisa semakin benci melihat Maria terus berpura-pura di depan Iskandar sedangkan wanita itu telah mengkhianati kepercayaan abangnya dan Lisa juga tidak dapat memaafkan perbuatan Elyas. Elyas pula sudah insaf dan walaupun apapun yang berlaku dugaan yang dihadapi,dia tidak mahu berpisah dengan Lisa. Dalam masa yang sama, ibu Elyas iaitu Pn. Sarimah (Rosnah Johari) tidak bersetuju dengan pendirian Elyas selepas mengetahui apa yang berlaku antara anaknya dengan Maria dan Lisa. Puan Sarimah mahu Elyas kembali semula kepada Tyra yang merupakan bekas tunang Elyas. Maria juga mempunyai agenda sendiri untuk memastikan Elyas tidak bersatu semula dengan Lisa.

Hubungan Elyas dan Lisa yang terus diduga. Kali ini dengan kehadiran Samir (Malek Mccrone) yang kini nekad untuk memenangi hati Lisa. Kemunculan Tasya (Siti Elizad Shariffudin) sebagai peguam dan anak kepada Delia (Mas Anizan) yang hanya membantu Elyas kerana wajahnya sama dengan arwah suaminya,Firdaus (Amar Baharin). Namun lama-kelamaan hatinya semakin bertaut cuba mendekatkan diri dengan Elyas sedikit sebanyak mula mengubah perasaannya sehingga menimbulkan konflik apabila Lisa yang telah lama hilang di hutan muncul semula. Kehadiran Azran (Iqram Dinzly) pula yang merupakan bekas banduan dan bekas kekasih Maria turut merumitkan lagi keadaan untuk membalas dendam kisah silam mereka terhadap Maria dan memasang hasrat untuk merampas legasi Solis sekaligus menjatuhkan keluarga Dato’ Ghafar (Sahronizam Noor). Kebenaran tentang ayah kandung Is,Syaz,Lisa dan Baby yang selama ini disembunyi oleh Ngah Husin (Razak Ahmad) telah pun diketahui bahawa Dr Aman (Shah Rezza) ialah orang yang sama dengan Akmal Mansur selama ini masih hidup telah dilihat Iskandar sendiri sehingga dimasukkan ke hospital sakit jiwa.

Hubungan sulit Elyas dan Maria bakal menguji keluarga Iskandar dan rahsia Maria sebenarnya keguguran yang kini berantakan bertambah menjadi lebih teruk sehingga Is hilang tuju arah namun ditemani oleh Bella (Afifah Nasir). Hubungan suami isteri antara Syaz dan Imran semakin dingin dengan kehadiran Adam (Fendy Bakry) dan Husna (Husna Mustaffa). Baby yang sakit akibat diserang virus kini pun sedar. Adakah keluarga Iskandar akan bahagia seperti dahulu atau selamanya berantakan? Mampukah Elyas dan Lisa menyelamatkan sisa kisah cinta mereka setelah hati mereka saling dikhianati atau sebaliknya?

Watak utama

[sunting | sunting sumber]

Watak pembantu

[sunting | sunting sumber]

Watak sampingan

[sunting | sunting sumber]
  • Zaki Azeman sebagai Zaki
  • Manan Sulaiman sebagai Tuan Latif
  • Atira Karma sebagai Wany
  • Hasmira Azmi sebagai Eira
  • Harminder Sigh sebagai Mr Gobin
  • Farra Zainuddin sebagai Elis
  • Norazalina Ismail @ Alynn Techen sebagai Sister Siti
  • Nik Ramly sebagai Encik Amir
  • Nizam Kama sebagai Azman
  • Siti Aishah Amir sebagai Ana
  • Kejora Ruby Wahid sebagai Ain

Watak tambahan/penampilan khas

[sunting | sunting sumber]
  • Nia Miera sebagai Dr Carmen
  • Lieza Mk sebagai Profesor Rosita
  • Cahaya Eina sebagai Nisa
  • Aishah Sudin sebagai Mak Cik Naulia
  • Kuna Muzani sebagai Pn Roza (Ibu Iskandar)
  • Noorhanan Hasan/Mili Supina sebagai Mak Esah
  • Y Sakienah sebagai Nurse Zalia
  • Iqbal Rafael sebagai Iqbal
  • Ayu Azlina sebagai Puan Maya (Ibu Mimi)
  • Sir Jorasminisa sebagai En. Karim
  • Fareez Ferdhauz sebagai Ayah Mimj
  • Nash Nasxanm sebagai En. Mukhriz
  • Oshin Ahmad sebagai Roselina
  • Izwan Hakimi sebagai Badrul
  • Nizam Kama sebagai Azman
  • Draman Muhammad sebagai Tuan Haji
  • Ridwan Mustafa sebagai En Izham
  • Reffael Rezall sebagai Dr. Amin
  • Chiwan Chilok sebagai Johan
  • Rosnah Idris sebagai Mak Cik Syafiq
  • Siti Latifah sebagai Nurse Siti
  • Abu Soloz sebagai Rizman
  • Uma Khairie sebagai Frank
  • Zarrin Nuqman sebagai Jo Seman
  • Samsul Ahmad sebagai Polis
  • May May sebagai Talis
  • Bronko sebagai Hemli
  • Mahsuri Jesuli sebagai Manan
  • Mieza Edora sebagai Maznah
  • Amer Hudson sebagai Loco
  • Shekeen Wahida sebagai Mak Azran
  • Imie Hanifa
  • Noor Erwan Abdul Razak
  • Lisbell Fahmi 
  • Deanna Reesha
  • Eyda Rahman

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Pada 12 April 2021, drama adaptasi Hati Yang Dikhianati dapat ditayangkan sebanyak 40 episod sahaja akibat susulan PKP 3.0 yang lepas. Namun begitu, pada 22 Oktober 2021, drama tersebut disambung semula sehingga episod 65 tetapi ditambah 25 episod menjadikan sebanyak 90 episod. Drama tersebut terus ditambahkan beberapa episod sehingga episod 100 ke atas dan bermulanya episod 100 berlaku memutarbalikkan plot[2] oleh penonton dan dikatakan drama Malaysia dengan siri terpanjang yang berkonsepkan interaktif terbuka sejak tahun 2021. Jumlah episod keseluruhan sebenar drama Hati Yang Dikhianati ialah sebanyak 146 episod.

Susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) melibatkan sekatan pergerakan skala penuh bagi sektor sosial dan ekonomi yang dikeluarkan oleh kerajaan atas faktor keselamatan, pihak Astro Prima dan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd., mengambil keputusan untuk menghentikan sebarang aktiviti penggambaran drama adaptasi Hati Yang Dikhianati. Hati Yang Dikhianati masih lagi ditayangkan menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang berkuatkuasa serta merta dengan sambungan episod 41 hingga seterusnya. Oleh itu, drama siri terbaharu Derita Untuk Bahagia akan mengambil alih slot tersebut dan ditayangkan pada 7 Jun 2021.[3]

Pengarah terkenal, Bade Hj. Azmi diminta untuk mengambil alih tugas sebagai pengarah drama Hati Yang Dikhianati (HYD) menggantikan sutradara terdahulu, Riza Baharuddin.[4]

Penyiaran

[sunting | sunting sumber]

Drama rantaian Hati Yang Dikhianati disambung semula siaran tayangan bagi episod 41 di Slot Tiara Astro Prima bermula 22 Oktober 2021, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang dan siaran ulangan boleh dilihat pada pukul 11.00 pagi atau strim melalui video atas permintaan.[5]

Penanyangan Hati Yang Dikhianati yang memasuki episod ke-138 pada 8 Mac lalu mencatat rekod baharu menerusi saluran Astro Prima sebagai drama rantaian satu jam paling panjang sejak pengenalan Slot Tiara.[6]

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]

Lagu tema OST Hati Yang Dikhianati ialah "Vida" diadaptasi versi asal A Puro Dolor oleh kumpulan Son by Four dan lirik ditulis oleh Aisha Retno dan dipersembahkan oleh heroin utama iaitu Isyariana dan berduet bersama Dean Eiman. Selain itu, terdapat juga lagu sisipan lain yang dimuatkan dalam drama ini:

  1. "Janjiku" – Kaka Azraff (3:59) (OST 2)
  2. "Biru Malam" – Chubb-E ft Amir Masdi (3:34)
  3. "Yang Terbaik" – Ariff Sany (3:49)
  4. "Biar Aku Simpan" – Bimasakti dengan Oktovia Manrose (4:23)
  5. "Damaikanlah" – Ika Mustafa (3:56)
  6. "Lara" – Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli (3:52)
  7. "Kisah Cinta Kita" – Hafiz Suip (4:59)
  8. "Hadir" – Mirza (3:09)
  1. ^ "Drama Hati Yang Dikhianati." MyInfotaip.11 April 2021. Dicapai pada 12 April 2021.
  2. ^ "Bersama Tentukan Plot Twist & Jalan Cerita Drama Hati Yang Dikhianati.Inilah Peluang Anda Berminat Menjadi Penulis!" gempak.com. Dicapai 23 April 2021.
  3. ^ "Tayangan Hati Yang Dikhianati Ditangguhkan".utusantv.com. Dicapai pada 3 Jun 2021.
  4. ^   "Bade Azmi ambil alih kerusi pengarah drama Hati Yang Dikhianati." utusan.com.my. Dicapai 26 Oktober 2021.
  5. ^  "Tayangan Drama Hati Yang Dikhianati Disambung Semula Mulai 22 Oktober 2021." kakimuvee.net. Dicapai 22 Oktober 2021.
  6. ^ "Hati Yang Dikhianati pecah rekod." kosmo.com.my. Dicapai 15 Mac 2022.