Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa
Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa disambut setiap tahun pada 17 Oktober di seluruh dunia. Diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),[1] upacara peringatan yang pertama berlangsung di Paris, Perancis pada 1987 di mana 100,000 orang berkumpul di Plaza Hak Asasi Manusia dan Kebebasan (Human Rights and Liberties Plaza) di Trocadéro untuk memperingati mangsa kemiskinan, kelaparan, keganasan dan ketakutan. Upacara itu diseru oleh Joseph Wresinski (1917-1988), pengasas gerakan antarabangsa Dunia Keempat ATD.
Teks yang terukir pada batu berbunyi seperti berikut:
Di mana-mana sahaja lelaki dan perempuan terpaksa hidup dalam kemiskinan melampau, hak asasi manusia dicabuli. Berkumpul bersama-sama untuk memastikan bahawa hak-hak ini dihormati merupakan tanggungjawab murni kita. - Joseph Wresinski (1917-1988) pengasas Dunia Keempat ATD
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- International Day for the Eradication of Poverty, 17 October, Dag Hammarskjöld Library
- Social Perspective on Development Branch, United Nations Department of economic and social affairs
- , October 17, World Day to Overcome Extreme Poverty
- International Movement ATD Fourth World