Hannover Bridge
Sejarah | |
---|---|
Nama: | Hannover Bridge |
Pengguna: | K Line |
Dilancarkan: | 2006 |
Status: | Dalam perkhidmatan |
Nota: |
|
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kapal kontena |
Berat (tan): |
|
Panjang: | 336 meter |
Lunas: | 46 meter |
Jana kuasa: | Daewoo |
Halaju: |
|
Kapasiti: |
Hannover Bridge ialah sebuah kapal kontena yang dioperasikan syarikat K Line dari Jepun. Kapal ini dinamakan dengan nama Jerman dan didaftarkan di Panama. Kapal ini dibina di limbungan IHR-Kure, Jepun pada tahun 2006.
Kapal ini mampu mengangkut sehingga 8,212 TEU (seperti yang diisytiharkan oleh K Line), tetapi menurut IMO, kapasitinya adalah melebihi 10,000 TEU. Ini meletakkannya sebaris dengan kapal-kapal gergasi lain seperti Emma Mærsk dan MSC Danit.
Enjin diesel utama Hannover Bridge adalah buatan Daewoo dan membolehkan kapal ini mencapai kelajuan maksimum 24 knot, kelajuan pelayaran biasa 21 knot dan kelajuan ekonomi 20.5 knot. Semua kelajuan ini dicapai dengan penggunaan bahan api 20% lebih rendah. Pembebasan CO2 juga dikurangkan dengan inovasi terbaru enjin diesel yang mesra alam.