Pergi ke kandungan

Guru Patimpus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Guru Patimpus Sembiring Pelawi
Tugu Guru Patimpus Sembiring Pelawi
Tugu Guru Patimpus Sembiring Pelawi
Kelahiran1540 (1540)
Meninggal dunia1 Julai 1590(1590-07-01) (umur 49–50)
Terkenal keranaMendirikan Kota Medan
Anak-anak
  • Kolok
  • Kecik

Guru Patimpus Sembiring Pelawi (1540 — 1 Julai 1590) ialah pengasas Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

Sebelum Guru Patimpus Sembiring Pelawi memeluk agama Islam, beliau menganuti kepercayaan Pemena. Guru Patimpus Sembiring Pelawi berkahwin dengan seorang anak Raja Pulo Brayan dan mempunyai dua anak yang bernama bernama Kolok dan Kecik.

Selepas berkahwin, Guru Patimpus Sembiring Pelawi dan isterinya membuka kawasan hutan di antara Sungai Deli dan Sungai Babura yang kemudian menjadi Kampung Medan. Tarikh peristiwa ini biasanya dipanggil sebagai 1 Julai 1590 (Indonesia: 1 Juli 1590) yang kini disambut sebagai hari jadi Kota Medan.

Kota Medan

[sunting | sunting sumber]

Kota Medan didirikan pada 1 Julai 1590 yang dirasmukan oleh Guru Patimpus. Kota ini berasal daripada sebuah kampung yang bernama Kampung Medan Putri. Selepas itu, kampung ini yang akan menjadi cikal bakal kota. Guru Patimpus ialah seorang anak Karo dari subetnik Sembiring Pelawi dan beristerikan seorang anak Datuk Pulo Brayan. Nama Medan sendiri berasal daripada perkataan "madan" yang bermaksud menjadi sihat (sembuh) atau lebih baik.[1]

Sepuluh Dua Kuta Hamparan Perak

[sunting | sunting sumber]

Selain mendirikan Kota Medan, beliau juga mendirikan sebuah kedatukan yang dikenali sebagai Kedatukan Sapuluh Dua Kuta Hamparan Perak. Hamparan Perak ialah nama sebuah kecamatan dan nama sebuah desa yang terletak di Kabupaten Deli Serdang, Provinsi Sumatera Utara.

Kedatangan Guru Patimpus ke dataran rendah membuktikan terdapat hubungan antara orang dataran rendah dan dataran tinggi, terutamamya dalam perdagangan. Kedatangan Guru Patimpus ke dataran rendah membawa pengaruh yang besar kepada masyarakat Melayu dan juga masyarakat Batak Karo.

Perpindahan yang dilakukan masyarakat Karo dari dataran tinggi menuju ke dataran rendah menurut J.H. Neumann kerana terdapat desakan daripada orang-orang Tamil yang datang dari Singkil dan Barus yang masuk ke Taneh Karo dan oleh itu juga subetnik Sembiring diusir dari Aceh. Kemungkinan lain adalah kerana tanah dataran rendah lebih subur daripada di dataran tinggi.[1]


  1. ^ a b Tanjung, Mhd. Rusdi; Nawawi, Hafiz Fahry (2020). "Animasi 2D Reinterpretasi Sejarah Guru Patimpus Pendiri Kota Medan". Jurnal FSD. 1 (1): 103–116.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]