Gunung Nabi Syu'aib
Gunung Nabi Syu'aib | |
---|---|
جَبَل ٱلنَّبِي شُعَيْب (dalam bahasa Arab) | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 3,666 m (12,028 ka) |
Tonjolan | 3,311 m (10,863 ka) |
Pengasingan | 554 kilometer (344 bt) |
Geografi | |
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Yemen" tidak wujud.
| |
Lokasi | Kegabenoran Sanaa, Yaman |
Induk banjaran | Pergunungan Haraz-Pergunungan Sarawat |
Gunung Nabi Syu'aib (Bahasa Arab: جَبَل ٱلنَّبِي شُعَيْب, rumi: Jabal An-Nabī Shuʿayb), juga dikenali dengan nama Gunung Hadhur (Bahasa Arab: جَبَل حَضُوْر, rumi: Jabal Ḥaḍūr)[1] [2] [3] ialah sebuah gunung di subwilayah Harazi di Sarawat, terletak di Daerah Bani Matar, [3] Kegabenoran Sanaa, Yaman. Ia adalah gunung tertinggi di negara itu dan seluruh Semenanjung Arab. [4] [5] Ia adalah puncak ke-62 paling menonjol di dunia dan puncak ketiga paling menonjol di Timur Tengah.
Nama
[sunting | sunting sumber]Gunung ini dinamakan sempena nama seorang nabi iaitu Shuʿaib ibn Mahdam ibn Dhī-Mahdam al-Ḥaḍūrī (شُعَيْب ابْن مَهْدَم ابْن ذِي مَهْدَم ٱلْحَضُوْرِي). Menurut ulama Islam, baginda orang yang berbeza dengan Syu'aib dari Midian. Menurut Al-Hamdani, baginda telah diutuskan kepada penduduk Mikhlaf Hadhur, tetapi mereka membunuhnya, lalu Tuhan menghantarkan Bakht Nasr, yang memusnahkan kota mereka. [6] [7] Penduduk tempatan percaya bahawa makamnya terletak di atas gunung. [8] Gunung ini dikenali dengan nama Gunung Hadhur kerana terletak di wilayah Mikhlaf Hadhur. [1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b زبارة, محمد بن محمد بن يحيى اليمني/الصنعاني (1998-01-01). نيل الوطر من تراجم رجال اليمن في القرن الثالث عشر 1-2 ج1 (dalam bahasa Arab). Dar Al Kotob Al Ilmiyah (دار الكتب العلمية). ISBN 978-2-7451-2623-8.
- ^ Gazetteer of Arabia. II [1044] (81/688). Qatar Digital Library. 1917. Dicapai pada 2020-04-17.
- ^ a b "Jabal an-Nabī Shu'ayb, Bani Matar, Sanaa, Yemen". Mindat.org. Dicapai pada 2020-04-17.
- ^ Robert D. Burrowes (2010). Historical Dictionary of Yemen. Rowman & Littlefield. m/s. 5–340. ISBN 978-0-8108-5528-1.
- ^ McLaughlin, Daniel (2008). "1: Background". Yemen. Bradt Travel Guides. m/s. 3. ISBN 978-1-8416-2212-5.
- ^ حسين, فرح، محمد (2004). الجديد في تاريخ دولة وحضارة سبأ وحمير: معالم تاريخ اليمن الحضاري عبر ٩٠٠٠ سنة (dalam bahasa Arab). وزارة الثقافة والسياحة،. m/s. 716.
- ^ العزيز, البكري/أبو عبيد عبد الله بن عبد (1998-01-01). معجم ما استعجم من أسماء البلاد والمواضع 1-3 مع الفهارس ج1 (dalam bahasa Arab). Dar Al Kotob Al Ilmiyah دار الكتب العلمية. m/s. 90. ISBN 978-2-7451-0035-1.
- ^ الهمدانى, ابى محمد الحسن بن احمد بن يعقوب (1990). صفة جزيرة العرب (dalam bahasa Arab). ktab INC.