gpsim
Gpsim | |
---|---|
Pembuat asal | Scotte Dattalo |
Versi terkini/stabil | 0.29.0 (30 Ogos 2015 | )
Ditulis dalam | C++ |
Sistem pengendalian | Linux, Windows (gpsimWin32) |
Tersedia dalam | Inggeris |
Jenis | Mikropengawal, perisian bebas |
Genre | Perisian simulasi |
Lesen | Lesen Awam Am GNU |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | gpsim |
sunting · sunting di Wikidata |
gpsim ialah sebuah perisian simulasi untuk mikropengawal PIC Microchip yang pada asalnya ditulis oleh Scotte Dattalo.[1] Ia diedarkan di bawah Lesen Awam GNU dan ditulis menggunakan C++. gpsim terdiri daripada antara muka pengguna grafik (GUI) dan antara muka baris perintah di mana GUInya menggunakan pustaka GTK+.
gpsim telah direka bagi ketepatan yang merangkumi keseluruhan PIC - dari teras hinggalah ke pin I/O dan termasuk kesemua persisian dalaman. Ini membolehkan ransangan (stimulus) dicipta lalu menyambungnya dengan pin I/O lantas menguji PIC sama seperti dalam dunia nyata.[2]
Perisian ini boleh digunakan di Windows menggunakan sebuah port yang dicipta oleh Borut Ražem dipanggil gpisimWin32.
Ciri
[sunting | sunting sumber]gpsim menyediakan banyak ciri bagi menyediakan persekitaran simulasi yang bagus baik bergrafik mahupun tidak. Bahagian ini menyenaraikan antara antara ciri yang disediakan oleh gpsim.
Breadboard
[sunting | sunting sumber]Breadboard ialah GUI yang digunakan untuk memaparkan susun atur litar secara grafik. Dengannya, pengguna boleh menambah dan membuang komponen kepada litar secara grafik serta membuat sambungan antara komponen-komponen tadi. Ciri ini bagaimana pun tidak semoden seperti yang ada pada perisian simulasi yang serupa dengannya seperti KTechLab.
Antara muka baris perintah
[sunting | sunting sumber]Antara muka baris perintah untuk gpsim membolehkan penggunanya mengawal dengan menulis perintah pada antara muka ini.[3]
Pembelek kod sumber
[sunting | sunting sumber]Pembelek kod sumber menyediakan paparan GUI untuk melihat kod-kod sumber bagi PIC. Ia menyediakan tab supaya banyak kod sumber dapat dibuka dalam satu tetingkap sahaja. Selain itu, ia turut menyediakan penyerlahan sintaks untuk bahasa himpunan PIC.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Simulators". GNU Pic "Free Microcontroller Software Tools". GNU PIC. Dicapai pada 2012-09-25.
- ^ http://gpsim.sourceforge.net/gpsim.html
- ^ "gpsim". 17 April 2011. Dicapai pada 9 April 2013.