Pergi ke kandungan

Microsoft Windows

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Windows)
Microsoft Windows
Maklumat umum
Eponimtetingkap Sunting nilai ini di Wikidata
Jenis sistemSistem pengendalian dan pelantar komputer Sunting nilai ini di Wikidata
Keluarga sistemWindows 9x, Windows CE dan Windows NT
PembangunMicrosoft
Ditulis dalamC, C++ dan Bahasa assembly[1]
Keadaan kerjaDikeluarkan secara umum
Model sumberClosed source / Shared source
Keluaran awal20 November 1985; 38 tahun yang lalu (1985-11-20) (sebagai Windows 1.0)
Keluaran terkiniWindows 8
NT 6.2 (Build 9200)
 (26 Oktober 2012; 11 tahun yang lalu (2012-10-26)) Windows Server 2012
NT 6.2 (Build 9200)
 (4 September 2012; 12 tahun yang lalu (2012-09-04))
Pratonton terkiniNon
Tersedia dalam
Senarai bahasa
Sasaran pemasaranPengkomputeran peribadi
Didahului olehMS-DOS Sunting nilai ini di Wikidata
Ciri teknikal
Kaedah
pengemaskinian
Windows Update, Windows Anytime Upgrade
Pengurus pakejWindows Installer (en) TerjemahMicrosoft Store (mul) TerjemahWindows Package Manager (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
Jenis intiHibrid (Windows NT family), DOS (Windows 16-bit dan siri Windows 9x/ME)
Antara muka
pengguna
lalai
Grafik (Windows Shell)
LesenProprietari perisian komersil
Pautan berkaitan
Tapak webwindows.microsoft.com
Facebook: windows Twitter: Windows Youtube: UCVGOyzms_XJNk_DHqrffXCw Youtube: MicrosoftWindows Sunting ini di Wikidata
Bloghttps://blogs.windows.com/ Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Microsoft Windows ialah sebuah sistem pengendalian yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Microsoft. Sehingga kini, terdapat pelbagai versi Windows, antaranya Windows 95, Windows 98, Windows Me, Windows XP, Windows Vista, Windows 7, Windows 8, Windows 8.1, Windows 10 dan terbaharu ialah Windows 11 yang dilancarkan oleh Microsoft pada tahun 2021.

Keluarga Microsoft Windows

[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, Microsoft Windows hanyalah sekadar berfungsi untuk menyediakan suasana pengendalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan Microsoft menaik taraf perisian Windows kepada sebuah sistem pengendalian.

Windows NT mula diperkenalkan pada tahun 1993 kepada pengguna perniagaan dengan menggunakan antaramuka yang serupa dengan Windows 3.x. Bermula tahun 2001, kesemua versi terkini Windows menggunakan teknologi NT sepenuhnya yang lebih stabil.

Suasana pengendalian 16-bit

[sunting | sunting sumber]
  • Windows 1.0
  • Windows 2.0

Suasana pengendalian hibrid 16/32-bit

[sunting | sunting sumber]
  • Windows 3.0 dan Windows 3.1

Sistem pengendalian hibrid 16/32-bit

[sunting | sunting sumber]
  • Windows 95
  • Windows 98
  • Windows Me

Sistem pengendalian 32-bit (keluarga NT)

[sunting | sunting sumber]
  • Windows NT
  • Windows 2000
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
  • Windows 8.1
  • Windows 10
  • Windows 11

Sistem pengendalian terbenam (untuk peranti elektronik)

[sunting | sunting sumber]
  • Windows CE
  • Windows Mobile

Garisan masa setiap versi Windows

[sunting | sunting sumber]
Tarikh pelancaran Nama produk Versi Nota
November 1985 Windows 1.01 1.01 Tidak disokong
November 1987 Windows 2.03 2.03 Tidak disokong
Mac 1989 Windows 2.11 2.11 Tidak disokong
Mei 1990 Windows 3.0 3.0 Tidak disokong
Mac 1992 Windows 3.1 3.1 Tidak disokong
Oktober 1992 Windows For Workgroups 3.1 3.1 Tidak disokong
Julai 1993 Windows NT 3.1 3.1 Tidak disokong
Disember 1993 Windows For Workgroups 3.11 3.11 Tidak disokong
Januari 1994 Windows 3.2 (Dilancarkan dalam versi Cina Mudah sahaja) 3.2 Tidak disokong
September 1994 Windows NT 3.5 3.5 Tidak disokong
Mei 1995 Windows NT 3.51 3.51 Tidak disokong
Ogos 1995 Windows 95 4.0.950 Tidak disokong
Julai 1996 Windows NT 4.0 4.0 Tidak disokong
Jun 1998 Windows 98 4.10.1998 Tidak disokong
Mei 1999 Windows 98 SE 4.10.2222 Tidak disokong
Februari 2000 Windows 2000 5.0.3700.6690 Sokongan Lanjutan sehingga 13 Julai 2010[2]
September 2000 Windows Me 4.90.3000 Tidak disokong
Oktober 2001 Windows XP 5.1.2600 Sokongan dilanjutkan hingga 8 April 2014 untuk SP3 dan 13 Julai 2010 untuk SP2. (RTM dan SP1 tidak disokong).
Mac 2003 Windows XP 64-bit Edition 2003 5.2.3790 Tidak disokong
April 2003 Windows Server 2003 5.2.3790 Tidak disokong bagi versi RTM. Sokongan bagi Pek Servis 1, R2 dan Pek Servis 2.
April 2005 Windows XP Professional x64 Edition 5.2.3790 Sokongan semasa
Julai 2006 Windows Fundamentals for Legacy PCs 5.1.2600 Sokongan semasa
November 2006 (pelesenan jilid)/Januari 2007 (runcit) Windows Vista 6.0.6002 Sokongan semasa. Bertukar versi ke NT 6.0.6001 dengan SP1 (4 Februari 2008), seterusnya ke NT 6.0.6002 dengan SP2 (28 April 2009).
Julai 2007 Windows Home Server 5.2.4500 Sokongan semasa
Februari 2008 (dirancang) Windows Server 2008 6.0.6002 Sokongan semasa. Bertukar versi ke NT 6.0.6002 dengan SP2 (28 April 2009).
2010 atau lebih kemudian (dirancang) Windows 7 dan Windows Server 2008 R2 6.1.7600 Sokongan semasa
2011 Windows 8 TIADA SOKONGAN
2015 Windows 10

Sistem Pengoperasian ialah sistem yang menentukan program apa yang perlu dilaksanakan, dan sumber apa (memori atau I/O) yang perlu digunakan. Sistem Pengoperasian (OS) membekalkan perkhidmatan (service) kepada program lain, contohnya kod (driver) yang membenarkan Ahli Program menulis program untuk mesin tanpa perlu mengetahui lebih terperinci tentang alat elektronik pada sistem komputer. Selain itu, fungsi sistem pengoperasian Microsoft Windows ialah sebagai susunan arahan yang dapat difahami oleh komputer. Ia dibuat untuk mengarahkan komputer melaksanakan, mengawal, menjadualkan, dan menyelaraskan sesuatu operasi komputer.

Ciri-ciri utama

[sunting | sunting sumber]
Paparan muka hadapan Windows Vista, keluaran windows terkini.

Terdapat pelbagai ciri utama dalam sistem operasi Windows terutama Windows XP antaranya ialah mementingkan tiga aspek utama iaitu tetapan, kemas kini dan tahap keselamatan. Windows XP ini juga menjadikan lebih mudah untuk menyusun dan menguruskan sumber sekuriti melalui peralatan sekuriti mantap, mudah dicapai dan intuitif dengan tetapan yang dipertingkatkan antaranya seperti pusat sekuriti Windows dan pengurusan berpusat bagi Windows Firewall dan Internet Explorer (IE) Di samping itu, Windows XP SP2 ini juga membaiki keupayaan pengguna untuk memastikan sentiasa selamat melalui penyaluran lebih banyak maklumat bagi membuat keputusan yang membabitkan sekuriti dan tahap rahsia mereka.

Ini termasuk kemas kini untuk pemacu penting serta sekuriti dan sokongan teknologi baru yang mana semuanya menyediakan pengalaman pengguna akhir lebih baik selain membolehkan pengkomputeran lebih produktif.Teknologi baru yang diperkenalkan itu ialah pengadang pop-up IE, menjadikan kegiatan melayari internet lebih menyeronokkan selain membolehkan pengguna mengurangkan iklan serta kandungan yang tidak diingini.

Selain itu, disediakan bar maklumat IE yang menyediakan maklumat terbaik mengenai tetapan IE di samping memberi amaran kepada pengguna mengenai kawalan dan muat turun yang tidak ditandatangani.

Selain daripada itu, permukaan Windows juga adalah berlainan dengan Windows yang sebelumnya. Dalam Microsoft Windows XP, permukaannya adalah lebih cantik yang disebut sebagai Luna. Permukaan Windows XP juga boleh diubah-ubah sama ada yang telah sedia ada ataupun dengan menggunakan aplikasi lain antaranya yang popular ialah StyleXP, WindowBlinds dan lain-lain. Dengan adanya aplikasi ini, pengguna Windows boleh menukarkan latar belakang (theme) Windows mengikut kemahuan pengguna antaranya pengguna boleh menukarkan permukaan Windows kepada permukaan perisian Mac OS X (Aqua), Linux dan lain-lain yang boleh dimuat turun di internet. Dalam perisian Windows juga dimuatkan perisian yang sedia ada seperti Disk Defragmenter, Internet Explorer (IE), Paint, Wordpad dan sebagainya.

Antaramuka asas Microsoft Windows

[sunting | sunting sumber]

Sebaik sahaja proses but selesai, akan dapat dilihat paparan antaramuka bagi Windows. Sebahagian besar bahagian paparan dikenali sebagai desktop dengan beberapa ikon bagi perisian aplikasi serta beberapa ikon sistem seperti My Computer (dikenali sebagai Computer dalam Windows Vista), Recycle Bin dan sebagainya. Recycle Bin ialah folder sistem khas bagi menyimpan fail-fail yang hendak dibuang daripada cakera keras.

Di sebelah bawah pula terdapat satu jalur nipis yang dikenali sebagai bar tugasan. Bar tugasan yang asas menempatkan menu Start, dulang sistem dan beberapa butang bagi program-program aplikasi yang dibuka (jika ada). Bar ini membolehkan pengguna menukar program yang dibuka dengan pantas dan mudah tanpa mematikan program-program lain. Ciri tersebut menjadikan Windows sebagai sistem pengendalian berbilang tugasan (multi-tasking). Dulang sistem pula menempatkan jam, kawalan suara, ikon peringatan sistem serta beberapa ikon bagi program yang berjalan secara latar belakang seperti perisian antivirus.

Menu Start menempatkan senarai penuh program yang dipasang dalam Windows, pautan ke Panel Kawalan, Bantuan dan perintah untuk log keluar akaun Windows serta perintah menutup Windows. Komputer akan dimatikan secara automatik setelah proses menutup Windows selesai.

Kebanyakan program aplikasi memaparkan antaramuka asas berbentuk segiempat yang dikenali sebagai tetingkap. Sebuah tetingkap mempunyai bar tajuk, bar menu, bar peralatan, ruang program serta bar status. Bar tajuk memaparkan ikon program, tajuk program, serta butang-butang Minimize (mengecilkan dan menyembunyikan program di dalam bar tugasan), Maximize (membesarkan tetingkap sehingga memenuhi ruang desktop)/Restore (mengembalikan tetingkap yang dibesarkan kepada saiz asal) dan Close (menutup program).

Semua arahan dalam Windows boleh dijalankan dengan mudah dengan menggunakan tetikus serta papan kekunci untuk memasukkan teks serta beberapa perintah.

Perisian percuma dalam Windows

[sunting | sunting sumber]
Windows Media Player 11 yang didatangkan percuma dalam Windows Vista
  1. Internet Explorer
  2. Windows Media Player
  3. Windows Movie Maker
  4. Windows Defender

Kelemahan dan Kelebihan Microsoft Windows

[sunting | sunting sumber]

Kelemahan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pengoperasian Windows antaranya ialah gangguan virus, penggodam, worm, dan lain-lain.

Kelebihan

[sunting | sunting sumber]

Dalam sistem pengoperasian Microsoft Windows terdapat banyak kelebihan terutamanya dalam Windows XP (SP2).

Antara konsep keselamatan yang telah dipertingkatkan dalam Windows XP SP2 ialah:

  1. Membantu melindungi PC daripada fail sisipan yang merbahaya. Caranya, dengan mengingatkan pengguna akan mana-mana fail sisipan yang mungkin tidak selamat. SP2 membantu melindungi PC daripada virus-virus yang boleh merebak melalui Internet Explorer, Outlook Express, dan Windows Messenger.
  2. Menambah baik ciri perlindungan aspek privasi pengguna terutamanya apabila berada dalam web. SP2 membantu melindungi maklumat persendirian pengguna dengan menggunakan ketetapan keselamatannya yang melindungi PC pengguna daripada fail dan kandungan yang dipindah terima melalui Internet Explorer.
  3. Menghindari pindah terima yang berpotensi tidak selamat. Pemantauan pindah terima Internet Explorer dan Internet Explorer Information Bar akan mengingatkan pengguna mengenai pindah terima yang mungkin berbahaya di samping memberikan pengguna pilihan untuk menyekat fail-fail yang mungkin berniat jahat.
  4. Mengurangkan gangguan tetingkap timbulan. Ciri baru SP2 yang dinamakan Internet Explorer Pop-Up Blocker menjadikan pelayaran Internet pengguna lebih menyeronokkan. Caranya dengan membantu pengguna mengurangkan iklan-iklan yang tidak diingini dan kandungan yang muncul apabila melayari web.
  5. Menyediakan perlindungan firewall sejak PC pengguna dimulakan sehingga PC dimatikan. SP2 dilengkapi Firewall Windows dalaman yang berkuasa dan pada asasnya sedia diaktifkan. Hal ini membantu melindungi Windows XP daripada pelbagai virus dan cecacing yang boleh merebak menerusi Internet.
  6. Menyediakan pusat kawalan keselamatan yang lebih baik. SP2 dilengkapi pusat kawalan keselamatan lebih baik yang dikenali sebagai Windows Security Center. Pusat ini membolehkan pengguna melihat status keselamatan dengan mudah dan mengurus ketetapan utama keselamatan pada satu tempat yang selesa.
  7. Menyediakan kemas kini keselamatan yang mudah. Penambahbaikan ciri Automatic Updates Windows XP telah memudahkan lagi proses untuk mengemas kini Windows. Selain itu, teknologi baru juga ditambah untuk membantu pengguna internet dailan memindah terima kemas kini dengan lebih efisien.
  8. Menyediakan perlindungan terhadap alamat e-mel. SP2 juga telah membuat penambahbaikan terhadap aplikasi Outlook Express dalam usaha untuk mengurangkan kemasukan e-mel yang tidak dikehendaki. Caranya, dengan membataskan kemungkinan alamat e-mel pengguna dieksplotasi oleh penghantar spam.
  9. Mencegah kelumpuhan (crash) akibat pemasangan perisian tambahan pelayar Web. Ciri baru Add-On Manager dalam Internet Explorer memudahkan pengguna melihat dan mengawal perisian tambahan. Hal ini dikatakan dapat mengurangkan berlakunya kelumpuhan dan pengguna boleh melayari web dengan bebas.
  10. Memudahkan penggunaan tanpa wayar. SP2 terus menyokong penggunaan tanpa wayar dengan memudahkan lagi proses untuk mencari dan berhubung dengan rangkaian tanpa wayar di rumah atau dalam perjalanan.
  1. ^ "NT Server Training: Architectural Overview. Lesson 2 – Windows NT System Overview". Microsoft TechNet. Microsoft. Dicapai pada 2010-12-09.
  2. ^ "Microsoft Support Lifecycle". Microsoft. 2005-05-04. Dicapai pada 2007-03-25.