Pergi ke kandungan

Goh Choon Aik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Goh Choon Aik
吴俊益
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Bukit Tambun
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehLaw Choo Kiang
(PRPKR)
Majoriti14,880 (2018)
17,175 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Goh Choon Aik

(1974-02-08) 8 Februari 1974 (umur 51)
MalaysiaKedah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Keadilan Rakyat (PKR)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Tuan Goh Choon Aik (lahir 8 Februari 1974) merupakan ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) bagi Bukit Tambun sejak Mei 2018. Beliau adalah ahli dan Ketua Bahagian Batu Kawan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen gabungan Pakatan Harapan (PH).

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah Perancang Bandar Berdaftar selama 13 tahun dan ahli korporat Institut Perancang Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang sebagai Pegawai Perancang Bandar & Desa pada 1998, sebelum menyertai GCA Planning Consultants & GCA Planning Sdn Bhd pada 2005, di mana beliau kini merupakan Pengetua. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran di Majlis Bandaraya Seberang Perai dari 2008 hingga 2010.[1][2]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[3][4]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2018 N18 Bukit Tambun Goh Choon Aik (PKR) 18,064 80.44% Hartini Tan Abdullah (Gerakan) 3,184 14.18% 22,455 14,880 86.08%
Kumaravelu Arumugam (PAS) 735 3.27%
Goh Bee Koon (PRM) 117 0.52%
Ong Seong Lu (PFP) 54 0.24%
2023 Goh Choon Aik (PKR) 21,985 80.64% Tan Gia Wei (GERAKAN) 4,810 17.64% 27,263 17,175 72.71%
Samuganathan Muniandy (BEBAS) 468 1.78%
  1. ^ ":: iDirektori". idirektori.penang.gov.my.
  2. ^ "MR GOH CHOON AIK @ [CAB-WA]: CAB CAKARAN CORPORATION BERHAD - Warrant | Corporate Figure or Shareholder". klse.i3investor.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-03.
  3. ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PENANG". Dicapai pada 2022-05-01.
  4. ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES" (PDF). Dicapai pada 2023-12-01.